Ayat-ayat CINTA , Titis-titis CITA

Bukan mudah, mengejar CITA, Apa lagi mengejar CINTA... Namun, aku tak akan berhenti dalam pencarian ini.... insyaALLAH.

Saturday, January 31, 2009

hadiah adik


~26 Disember yang lepas tu birthday aku. Adalah beberapa present yang aku dapat..:) Ade rantai silver, handmade card, keychain, brooch, free call daripada Celcom, dan lain-lain. Thanx jugak untuk semua yang tak lupa wish aku. Thanx banyakkkk. Untuk semua yang wish n bagi aku apa-apa tu, dont worry.. Sebab insyaALLAH aku ni jenis yang menghargai walau apa pun yang orang bagi. Antara yang aku tak boleh lupa tu, present yang Siti Nur Atiqah Aqilah (adik sedara aku) bagi. Masa birthday aku tu, tiba-tiba dia cakap macamni...

"Kak Ila, adik ada hadiah untuk Kak Ila.."

Dengan agak rasa pelik campur excited tu, aku pun tanya dia balik,

"Betulke adik nak bagi Kak Ila hadiah ni? Hadiah apa?"

Lepastu, Adik terus je bagi aku satu benda yang dibalut oleh suratkhabar. Dia yang balut sendiri tau.. Siap letak ribbon lagi. Ribbon tu pun dibuat daripada kertas. Hmm, betullah sepupu-sepupu aku ni memang berdarah seni dan kreatif-kreatif belaka. Haha.

Bila bukak je, rupanya benda tu adalah hadiah yang tersangatlah cutenyeee..;)

Terasa sangat keikhlasan hati seorang budak berumur 7 tahun dalam memberi...

Labels:

Tuesday, January 27, 2009

Muhasabah Cinta

~~daripada seorang teman..;)

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

Munsyid: EdCoustic

Labels:

Monday, January 26, 2009

Lahir Bulan Disember?

Huhu, tadi baru terbaca sifat-sifat orang yang lahir bulan Disember.
Betulke? Jom kita tengok.........


DISEMBER


* Sangat setia dan pemurah.

setia kot.. Tak pernah pulak dalam satu-satu masa tu suka ramaii orang.hehe. Pemurah? InsyaALLAH betul.

* Bersifat patriotik.

Betul tu. Dalam soal politik dunia or Malaysia, saya cukup ambil tau. Dan saya tak akan sesekali just main ikut-ikut dalam memilih apa-apa pun.

* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
Memang sangat suka bermain;) haha. Kalau nak ikutkan, macamtulah. Suka sangat bergaul dan tak suka langsung pilih bulu dalam berkawan!

* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
Ya, kalau nak apa-apa tu, suka nak masa tu jugak. Esh2, tak elok perangai macamtu! Mesti improve, sebab selalu kena tegur dengan Mama

* Bercita-cita tinggi.
BETUL!

* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
Tak pernah pulak terfikir nak jadi berpengaruh. Orang yang tiba-tiba pilih adalah kot. Just suka betul-betul mengambil bahagian dalam apa-apa benda pun. Hanya saja, kadang-kadang masa dan kesihatan membuatkan aku jadi lainnnn! Takpe, semua tu akan dapat diatasi dan diselesaiakn. insyaALLAH!

* Seronok bila didampingi.
Mestilah. Siapa pulak yang suka hidup sorang-sorang? Tapi, sebenarnya kita perlu ada ruang untuk bersendiri supaya tak terus terleka dengan hiburan dan kawan-kawan

* Suka bercampur dengan orang.
dah cakap kot

* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
duluuu... sekarang bercita-cita dan membina kekuatan untuk tak suka pada pujian dan boleh terima kritikan, serta tabah hadapi kekejian:)

* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
memang jujur kot. Kalau ada apa-apa tu, berani je nak terus cakap depan orang tu. Tak kira siapa! Amanah? InsyaALLAH, memohon bantuan ALLAH untuk terus dapat laksanakan amanah-amanah yang diberi. Bertolak ansur tu memang perlu bagi aku.

* Tidak pandai berpura-pura.
BETUL! Tak suka betul yang ni. Tak suka orang berpura-pura dalam apa hal pun.

* Cepat marah.
YA, macam mana tau ni? Haha. Especially, dalam keadaan tertekan. Tapi, Rasulullah tak bagi marah kan? Dan marah tu merosakkan lagi kesihatan. Jadi, tolonglah aku dalam menguruskan marah ni. Tapi, ada marah yang dibenarkan. Mm, malaslah nak cerita detail. Nanti poanjangg pulak kan

* Perangai yang mudah berubah-ubah.

Betulla kot. Sorang kawan pernah cakap, time aku lembut, tak siapa pun boleh kalahkan lembutnya aku. Tapi, kalau aku tengah marah, haaa.. orang tak sangka..! Lagi satu, orang susah nak jangka macam mana sedihnya aku sebenarnya. Sebab aku tak suka orang tau aku sedih......! Malas nak hambarkan hidup orang lain. Huhuhu

* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
Betul. Ego ni buat apa? Menyakitkan diri dan orang lain je

* Benci pada kongkongan.
BETUL! Tapi, ada certain benda yang memang perlu ada limit.

* Suka berlawak.
Aku rasa ni memang betul

* Pandai buat lawak dan berfikiran logik
Pandai? Tu terpulanglah kat orang yang dengar lawak aku. Dan, aku rasa aku memang cenderung untuk fikir dengan logik.

Labels:

Fahamilah Aku

Fahamilah aku.
Aku mahu cintaNYA.
Aku mahu bimbingan kamu.
Aku tahu kamu lemah saat ini.
Aku jua lemah sepertimu.
Namun aku mahu kita belajar membina kekuatan itu
Kerana sememangnya jalan ke arah manisnya bahagia itu
Memerlukan pahitnya sebuah pengorbanan

Fahamilah aku.
Ingatkah kamu akan titipanku buat kamu?

Sesungguhnya dengan mengingati ALLAH, hati-hati akan menjadi tenang.

Justeru,
Tenangkanlah hati kamu
Biarkanlah aku tenang.

TUHAN maha tahu
Apa yang aku tangiskan
Biarkanlah aku sendiri dengan TUHANku

Aku benci pahitnya dosa
Meski manis terasa
Saat mulanya

Yakinlah dirimu,
Aku selalu menanti kamu
Hanya saja takdir itu
DIA yang Maha Tahu

Labels:

Yai


Yai. Apa benda tu? Oh, tu bukan benda. Tu adalah panggilan yang sama macam atuk, datuk, tok wan, dan lain-lain yang bermaksud seorang datuk. Yai yang aku nak ceritakan ni ialah atuk kepada aku dan sepupu-sepupu aku yang lain:) Kami semua sayang (rasanya semualah, tak taulah kalau ada yang tak) Yai sangat-sangat. Walaubagaimanapu, beliau dah menghembuskan nafas terakhir, kalau tak silap aku pada 1 Ogos 2003.

Yai. Apa yang special sangat tentang Yai ni? Bagi aku, Yai ni memang special dan lain daripada yang lain. Bukan aku sengaja nak puji beliau, tapi itu dah memang hakikat. Kalau Rasulullah tu digambarkan sebagai baik, lemah-lembut, pemaaf, dan punya banyak lagi sifat mulia, aku rasa ciri-ciri tu banyak yang dapat aku lihat pada Yai. Ya, dah tentulah tak sesempurna baginda Rasulullah s.a.w. Namun, aura kebaikannya sangat dapat aku rasa sampai sekarang, dan selalu membuatkan aku teramat rindukan Yai....

Nama sebenar Yai ialah Hj Mohd Som bin Hj Abdul Rahman. Kalau nak ceritakan tentang sejarah Yai masa muda-muda ni, aku takdelah dapat ingat sangat. Tapi, apa yang aku taulah.. Yai ni merantau dari Indonesia ke Malaysia untuk mencari ilmu. Kemudian, bila dah sampai kat Malaysia, ada seorang lelaki yang berkenan sangat tengok peribadi Yai ni. Maka, dia pun berhajat untuk dijodohkan dengan anak perempuannya iatu Hajah Radhiah a.k.a. Sarmi a.k.a Nyai. Pun begitu, masa tu Nyai (nenek) aku ni
baru berusia 10 tahun. Haha, apa bendalah yang seorang budak darjah empat sekarang ni tau pasal kahwin kan? Maka dengan penuh sabar dan setianya, Yai mengajar macam-macam ilmu dunia dan akhirat untuk seorang yang bergelar isteri, tapi masih tersangatlah muda rumaja!

Antara yang aku kagumi tentang Yai ni, rasanya seluruh rutin hariannya mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w. Setiap kali nak bersolat dan lepas makan, Yai tak lupa nak bersugi. Rasanya, selain daripada bekerja dan membantu meringankan kerja-kerja isteri, Yai selalu menghabiskan masanya dengan mengaji Al-Quran, mengajar orang baca Al-Quran, dan menelaah kitab-kitab beliau. Tak pernah sekalipun aku atau orang-orang lain nampak Yai cakap benda yang tak perlu, patah lagi bergaduh atau mengumpat. Selalunya, apa yang keluar daripada bibir Yai hanyalah kata-kata berupa nasihat ataupun mesti tentang agama. Setiap kata mesti dikuatkan dengan nas-nas yang disokong kuat oleh Al-Quran mahupun hadith. Dan, yang aku rasakan agak kelakar, setiap kali orang berkumpul dan cerita tentang harta ataupun gossip, mesti dengan automatiknya Yai tertidur dengan lenanya. Yelah, mana tak asyik tertidur. Setiap kali aku terjaga malam mesti aku nampak Yai sedang asyik dengan qiamullailnya. Dari kecik aku suka sangat tengok wajah tenang Yai, lebih-lebih lagi masa tengok Yai solat malam. Dan yang bestnya bila Yai selalu bangun malam, aku tak perlu rasa takut nak pergi toilet (masa tu toilet kat luar rumah) sebab aku boleh ajak Yai temankan dan tunggu aku kat luar.

Masa kecik-kecik dulu, Nyai dan Yai masih kuat dan gagah lagi. So, aku selalu ikut Yai Nyai pergi jalan-jalan. Yang seronok tu, Yaii selalu sangat ceritakan kisah-kisah Nabi kat aku. Yai pun selalu juga ceritakan tentang malaikat-malaikat yang wajib kita ketahui. Pendek kata, macam-macam cerita yang Yai cerita, dan aku tak pernah jemu mendengar cerita-cerita Yai. Sesekali bila aku balik kampung, aku excited sangat ikut Yai ke kebun di belakang rumah dengan Kak Yana dan Nisa. Aku nii pulak mulut tak reti penat nak bertanya dan bercakap, tapi Yai selalu je layan mulut aku ni. Setiap yang aku tanya mesti Yai jawab dengan sabar dan terperinci.. Selalunya, sebelum balik rumah, mesti Yai ambikkan buah-buahan ataupun sayur-sayur untuk dibawak balik...

Kalau aku demam, selalunya Yai akan cepat-cepat pergi ambilkan buah kelapa dan dia mesti suruh aku selawat sambil menghadap kiblat sebelum minum air tu. Aku rindu sangat Yai yang teramat baik dan penyayang tu... Tapi selalunya kalau aku rindu sangat dengan arwah Yai, aku mesti mimpi Yai meskipun dalam mimpi tu Yai cuma tersenyum dan tak cakap apa-apa. Tapi takpelah, terubat jugak rindu ni. Ada sekali tu pulak, tiba-tiba Mama cakap Mama rindu sangat dengan arwah Yai. lalu, dengan selamba pun aku cakap,
"Nii kan malam Jumaat, kot-kot Yai datang tengok Mama..."
Dan malam itu jugak, masa Mama nak bangun solat malam, tiba-tiba Mama terbau haruman minyak atar yang Yai selalu pakai masa dulu. Betullah kut, malam tu Yai datang jenguk Mama...:)

Setiap petang di kampung, mesti aku kena belajar ngaji dengan Yai. Kiranya masa tu Mama cuti daripada jadi guru mengaji akulah.. Tapi belajar dengan Yai ni, seronok sebab.. baru mengaji sikit je, aku boleh cakap,

"Yai, dah penat.. Nak pergi main.."

Alaa, sepupu yang lain tu pun sama je, selalu mintak habis cepat. Dan, Yai pun tak pernah marah. Tapi bila Yai ni baik sangat, lama-lama aku sendiri yang segan nak habis cepat. Bagus betullah Yai ni, macam tau ilmu je psikologi kanak-kanak.

Yai ni tak pernah marah, melainkan kalau orang tak solat. Selagi orang tak solat, mulut Yai tak henti bercakap. Aku pun pelik, kenapa agaknya cucu Yai ni tak baik macam Yai? . Hai, betullah Raihan kata iman tak dapat diwarisi.

Kalau nak cerita tentang kebaikan Yai ni, memang tak habis rasanya. Sampaikan orang-orang kamoung pun respect sangatt-sangat dengan Yai. Jangan kata orang kampung, Abah aku pun selalu ingat dan sebut-sebut kebaikan Yai. Sesungguhnya kebaikan dan kasih sayang Yai dah berjaya menawan hati ramai orang!

Yai juga diuji dengan penyakit lupa-lupa. Aku dapat rasakan yang penyakit Yai ni tak lain dan tak bukan adalah sebagai ujian untuk kami yang masih ingat ni. Masa tu, Yai selalu sangat cakap nak balik... Dan Yai kerap ternampak ahli keluarga yang dah meninggal. Masa tu, yai suka sangat ulang pertanyaan yang sama. Contohnya, bila nampak muka aku je, nanti dia tanya,
"Umur berapa?"
Aku pun jawablah.."15 tahun"
Lepastu Yai mesti cakap macamni.. "Kalau dah baligh, wajib solat setiap waktu. Kalau datang haid masa puasa, boleh tak puasa. tapi nanti mesti ganti puasa."
Baru je aku tarik nafas beberapa kali, Yai mesti tanya dan ulang balik ayat yang sama. Huhu, betul-betul menguji!

Sepanjang hidupnya Yai tak pernah alami sakit teruk-teruk. Demam pun rasanya jarang sangat. Setiap kali ditanya doktor apa rahsia kesihatan, Yai selalu nasihatkan doktor supaya selalu baca surah Al-Kahfi.

Seingat aku, benda terakhir yang yai cakap pada aku sebelum aku balik ke MRSM Batu Pahat ialah supaya aku amalkan surah Al-Ikhlas. Masa tu aku tak terfikir langsung bahawa itulah kali terakhir aku dapat dengar suara dan pesanan Yai.

Mama pulak cakap, benda last yang Yai pesan pada Mam supaya jangan banyak ketawa, n selalulah baca LAAILAHAILLALLAH. Sekarang ni, baru aku terikir yang pesanan Yai pada kami tu adalah tentang aqidah. Betullah, aqidah adalah tunjang utama. Tanpa aqidah yang kukuh, kita mudah goyah.

Dipendekkan cerita ni, satu hari tu Yai terjatuh di bilk air, dan mengakibatkan kesakitan yang amat sangat di kepala dan badannya. Cerita ni aku dengar daripada pakcik, makcik, Nyai, dan sepupu yang lain sebab aku tak dapat tengok Yai start daripada Yai sakit sampailah Yai koma. Tapi,, diorang cerita, malam sebelum ke hospital tu, Yai mengikat kepalanya menggunakan tudung aku yang ada di kampung. Mungkin nak hilangkan rasa sakit yang amat sangat. Kemudian Yai mengensot mengelilingi rumah dan Yai berhenti lama sangat di bilik solat. Di situlah kebanyakan masa Yai dihabiskan untuk mengaji, mengajar, solat, dan qiamullail.

Aku cuma dapat tau Yai sakit bila aku telefon Mama. Hati aku ni meronta-ronta nak balik mengenangkan Yai pun dah dibawa ke hospital. Tapi, Mama tak bagi sebab aku tengah sibuk nak periksa dan paling penting sekali ialah PMR. Semua sepupu dan yang lain dah tengok keadaan Yai yang tengah sakit tu. Aku cuma dapat dengar cerita yang sewaktu dipindahkan dari satu bilik ke bilik lain di hospital, doktor pun sempat diceramahkan oleh Yai. Kalau tak silap, Yai sibuk menasihatkan doktor tu supaya amalkan surah Yaasin. Ditakdirkan ALLAH, satu hari tu aku pun dapat cuti. Aku tak ingat cuti apa masa tu. Masa dalam bas tu, aku asyik teringatkan Yai je. Masa tu aku diceritakan yang Yai kurus sangat. Aku tak dapat bayangkan lagi macam mana keadaan Yai, sebab setau aku Yai tu memang kurus.

Sebaik je aku sampai rumah, aku nampak seorang jiran tengah bacakan bacaan Al-Quran di sebelah Yai. Aku terus pergi mendapatkan Yai, dan aku mendapati Yai sedang koma dan tak dapat bercakap apa-apa. Memang Yai kelihatan teramatlah kurus masa tu, sampai pipi Yai kelihatan ke dalam sangat. Cengkung sangat. Yang tambah mengharukan aku, bila Makcik kat sebelah Yai tu cakap,

"Yai ni tunggu engkau balik agaknya,"
Aku sedih sangat-sangat masa tu, sekaligus rasa bersyukur sebab akhirnya aku berkesempatan untuk balik bercuti. Dan masa tu, semua pakcik, makcik, dan sepupu berkumpul berdekatan dengan Yai. Ada anak Yai yang bacakan Al-Quran, ada yang mengajar Yai mengucapkan kalimah Tiada Tuhan Selain ALLAH, Nabi Muhammad Pesuruh ALLAH. Masa tu jugak aku tengok peringkat-peringkat Yai menghembuskan nafas terakhir. Yang aku ingat masa tu, Syima meluru memelukku dan kami sama-sama menangis.

Aku ingat lagi waktu ramai-ramai berkumpul berdekatan dengan jenazah. Tiba-tiba semua terhidu bau yang sangat harum. Saat tu memang sayu, ditambah lagi dengan hujan renyai yang turun. Langit seolah berkongsi sedih dengan kami yang di Bumi. Syukur, pengurusan jenazah dan pengebumian berjalan dengan mudah dan lancarnya. Pakcik yang menggali tanah kubur untuk Yai pulak cakap yang Tanah tu senang sangat nak digali. Untuk penempatan tanah kubur pula, dengan mudahnya dapat kawasan yang betul2 bersebelahan dengan Masjid. Sesuailah dengan kelaziman Yai yang selalu berjemaah di surau mahupun masjid. Selalunya, awal2 lagi, usai qiamullail di rumah, Yai akan terus ke surau dengan torchlight.

Tinggallah Yai dalam kenangan......



~~Pernah sekali tu Yai mintak tolong aku potongkan kuku. Yang bestnya masa potongkan kuku Yai tu, Yai pun cakap..

"Yai doakan Najla' dapat suami yang barik (handsome) dan baik macam Yai"
Walaupun mungkin, Yai bergurau, tapi aku selalu ingat ayat tu. Hmm.. semoga aku dapat suami sebaik Yai. aamiin.

Labels:

Thursday, January 22, 2009

Solat, Mungkar, Taubat??

Solat. Mungkar. Taubat. Itulah tajuk kita pada malam ni. Pernah tak dengar ayat yang berbunyi lebih kurang macam ni…

“Kau ni, solat tonggang tonggek pun tak guna. Tiap-tiap hari buat dosa.”

Dan mungkin ada segelintir di antara kita yang merasakan bahawa seakan sia-sia setiap hari kita bersolat, namun masih punya titis-titis dosa dan maksiat. Akulah yang termasuk di antara kumpulan segelintir(atau mungkin bergelintir-gelintir…) tu. Bila diri merasa berdosa, aku sering rasa putus asa dalam perjalanan mengejar cinta TUHAN. Dan aku terasa amat malu untuk solat. Namun sebenarnya semua tu hanyalah bisikan-bisikan daripada Syaitan, musuh kita yang nyata. Sudahlah dia dah hasut kita untuk lakukan satu dosa, lepastu dia akan buat kita terus mengekalkan dosa bahkan menambah dosa hanya kerana kita malu dengan dosa yang satu itu. Syukur aku mulai sedar akan hakikat itu. bahawa tak ada manusia lepas daripada kesilapan, tak ada insan sempurna di dunia ini. Pun begitu kita tak boleh putus asa untuk terus menyempurnakan semua perintah dan sempurnakan penghindaran larangan ALLAH kerana sejauh mana pun kita berjalan sememangnya destinasi kita tetap kampung akhirat. Sejauh mana kita cuba melarikan diri, kita tetap bakal menemui saat pengadilan ALLAH Yang Maha Adil.

Lantas aku berfikir, mungkinkah ramainya teman-teman aku yang liat untuk solat ini kerana malu dengan dosa ataupun merasa diri tak layak untuk bersolat? Sesungguhnya, solat itu mencegah kita daripada melakukan kemungkaran. Persoalannya, kenapa kita masih belum mampu menghindar dosa? Justeru seharusnya kita kaji balik cacat dalam solat kita. Yang terrrrrrrrpaling penting tentulah niat. Benarkah solat itu untuk TUHAN? Atau mungkin hanya kerana kita malu andainya dilihat sebagai orang yang meninggalkan solat? Adakah solat kita di awal waktu, atau mungkin kita solat Asar di awal waktu Maghrib? Benarkah solat menepati syarat-syarat sah solat? Sempurnakah wudhuk? Dan paling susah rasanya untuk menjaga khusyuk dalam solat. Lantas, mungkin ada yang tertanya-tanya, apa gunanya solat tanpa khusyuk? Ya, sebagai manusia yang normal, aku tau sangat betapa sukarnya mendapat khusyuk dalam solat. Pun begitu, kita harus terus berusaha untuk tingkatkan kualiti solat kita dari masa ke masa. Di samping usaha, seharusnya kita berdoa penuh harap agar ALLAH bantu kita dapatkan khusyuk dalam solat. InsyaALLAH.

Dan tentang taubat. Sesungguhnya andai kita pernah melakukan dosa dan merasa merindui taubat, maka bersyukurlah kerana itu petanda bahawa hati masih hidup. Sekiranya kembali mengulangi dosa dan masih rindukan taubat, maka tetaplah bersyukur kerana hati masih hidup. Lalu segerakanlah taubat itu. Ingatlah bahawa ALLAH maha pengampun. Biarpun manusia itu sifatnya suka menghukum, namun ALLAH Maha Suci daripada segala kekurangan itu. Meski dah berkali-kali kita mengulangi dosa, namun ALLAH masih menjanjikan ampunan untuk hamba-hambaNYA yang bertaubat. Lantas, kenapa harus kita sia-siakan peluang ni? Selepas bertaubat, sentiasalah doa penuh harap agar dipelihara daripada dosa dan noda. Semoga hati terus tenang, senang dan lapang dalm kerdhaanNYA.

Juseru, aku menyeru diri dan semua agar terus berusaha menghindarkan dosa, bertaubat, dan berdoa penuh harap kerana setiap yang berlaku hanya dengan keizinanNYA.

~aku menulis dari hati, kerana aku tak mahu melihat teman-teman terus tertipu dengan syaitan dan nafsu. Bukankah dosa tu hanya menjanjikan resah yang tiada sudah? Zahir kita mampu menipu, namun batinnya kita jua yang tau. Aku juga terlalu jauh daripada sempurna. Jauh sangat-sangat. Aku juga mengharapkan teguran penuh kasih daripada teman-teman andainya sesekali aku tersasar jalan. Andai hati ini terlalu keras saat kau menegur, tetaplah berdoa untukku kerana aku yakin ALLAH mendengar doa tulus seorang sahabat.

Labels:

SaDAqah

Al-Quran. Kalam TUHAN yang memang tak ada tolok banding dengan bacaan lain. Oleh sebab tulah, dah ramai saintis barat yang mengakui kebenaran teori-teori Sains yang tercatat dalam Al-Quran.Bukan setakat ilmu sains je ada dalam ni, bahkan ilmu sejarah, geografi, ilmu rumahtangga, ilmu pasal business, dan macam-macam lagi.

Dan saat membaca makna-makna dalam Al-Baqarah, terasa betul alangkah detailnya setiap ajaran TUHAN untuk kita. Antara yang disebutkan dalam surah terpanjang ni ialah tentang peristiwa Nabi Ibrahim dan Namrud, Nabi Musa dan Nabi Harun, dan tentang Nabi Ibrahim minta ditunjukkan cara ALLAH menghidupkan makhluk daripada mati. Itu baru sikit daripada isinya yang terlalu banyak dan sarat dengan kata-kata penyejuk jiwa, amaran, pengajaran, dan ilmu. Namun saat melihat isi tentang sedekah, terasa amat bahawa ALLAH mahu mengajar kita sebenar-benar cara untuk beribadah. ALLAH memperlihatkan betapa pentingnya ikhlas dalam beribadah demi mengharapkan keredhaan ALLAH semata-mata. Rupa-rupanya, bukan mudah untuk kita merasa baik apatah lagi merasa mulia. Kerana sesungguhnya penelitian ALLAH itu bukan hanya pada dasar. Namun itu tak bererti kita harus berhenti ibadah hanyakerana takut tak ikhlas..! Seharusnya kita terus berusaha untuk tingkatkan ikhlas dalam amal. InsyaALLAH…:)

ALLAH juga mengajar kita tentang perlunya kita menjaga adab dan menjaga hati sesama insan biarpun mereka itu yang telah kita hulurkan pemberian. Lagipun, bukankah hidup umpama roda, yang di atas akan merasa sakit di bawah dan di bawah mampu naik ke atas..? Bukankah tiada mustahil bagi ALLAH andainya hari ini kita membantu, lantas esok mereka membantu? Subhanallah.. Maha Suci ALLAH daripada segala sifat kekurangan. Hebat sangat-sangat kalam ALLAH ini. Semoga saat ini dan seterusnya, ayat-ayat suci ini terus menjadi pedoman dan ayat-ayat Cinta yang menyejukkan jiwa….aamiin.

Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan ALLAH, kemudian tidak mengiringi apa yang dibelanjakannya itu dengan menyebut-nyebutkan pemberian itu dan tidak pula menyakiti, untuk mereka itu pahala di sisi TUHANnya. Dan tiada ketakutan atas mereka dan tidak mereka berdukacita.

Perkataan yang baik dan mengampuni(memaafkan kesalahan), lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan menyakiti, dan ALLAH Maha Kaya lagi Maha Penyantun.

(Al-Baqarah:262-263)

Jika kamu nampakkan sedekah itu, maka itulah sebaik-baiknya, dan jika kamu sembunyikan dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka itulah yang lebih baik bagimu dan dia akan menutupi kesalahanmu, dan ALLAH Maha Mnegetahui apa-apa yang kamu kerjakan.

(Al-Baqarah:271)

Labels:

Balik Kampung.......

2 hari lagi nak cuti raya cina...:)
huu..
tak sabar-sabar nak balik,
padahal rumah sejengkal je
haha, takdelah sejengkal, tapi dekat je ar..
bukan apa, tak sabar rasanya nak balik kampung dengan Mama..
sebab kitorang dah ade baik punye plan on the way nak ke kampung ni....;)

Labels:

Inikah Ertinya Cinta?

~~Dalam hidup ini, dalam pencarian CINTA TERTINGGI, kita jua diuji dengan cinta insan...
TUHAN, peliharalah hati-hati ini.
Ampunkan kealpaan semalam.
Hadirkanlah kekuatan menghadapi hari depan...
aamiin.

Inikah ertinya cinta
Hadir tanpa dipinta
Hati ingin menerima
Tapi dibatasi cinta

Sinar wajahnya bercahaya
Diriku terpesona
Namun aku masih mencari
Cinta Yang Esa
Cintailah cinta di hati
Kerana itulah cinta yang hakiki

Oh Tuhanku mendamba
Cinta dan rahmat darimu
Kupohon cinta insan yang mencintaimu
Bimbinglah daku mengenali erti cinta suci
Moga dapat kukecapi kasih yang sejati

Labels:

Cukuplah TUHAN Sebagai Pembantu

Kenapa bersedih bila kebaikan seolah terkubur di pandangan?

Untuk apa merasa sakit andai silap salah yang jelas dilihat?

Untuk apa berduka jika mereka gemar menghukum?

Lantas untuk apa resah bila tiada seorang jua yang memahami?

Kau punya TUHAN yang menyaksikan

Bukankah TUHAN tak leka melihatmu?

Bukankah DIA maha mengerti dirimu dan diri mereka?

Bukankah kau selalu berkata,

Cukuplah ALLAH sebagai pembantu?

Sebagaimana DIA mampu mengujimu dengan ketakutan, kelaparan, jua kesedihan

DIA juga yang maha kuasa menghapus segala duka dan air mata

DIA hadirkan ujian bukan untuk melemahkan

Hakikatnya ia sebaik tarbiah bagi yang mampu berfikir

Sebaliknya harus kita berduka andai mulia itu di hanya di pandangan insan

Bahkan lebih wajar mendesah jika hina di pandanganNYA

Jadilah diri yang tak jatuh dek keji

Tak riang dek puji

Kerana pujian mampu menjatuhkan

Kekejian membantu minda ligat mencari

Menghisab tiap kekhilafan diri

Jadilah seperti dia yang namanya tak dikenali penghuni Bumi

Namun namanya disebut-sebut seluruh yang di langit

Biarlah kepahitan dan kepiluan itu singgah sejenak

Bukan kerana TUHAN membencimu

Jauh sekali ingin meminggirkanmu

Namun diri perlu diberitahu

Dirimu terpelihara hanya dengan izin DIA, AL-HAFIZ

Usah punya bangga walau setitik pun

Kerana hakikatnya DIA memegang segala hati

Malam itu tangismu terdengar sayup di hujung sujud

Lusa dirimu mampu menderhaka

Pernahkah kau terdengar bahawa

Bangun dengan penuh penyesalan kerana tidak tahajjud

Jauh lebih mulia daripada

Yang menghabiskan segenap dinihari dengan ibadah

Namun hati penuh bangga kerana bangun malam

Jagalah hati

Agar segalanya hanya untuk DIA

Jagalah hati

Agar tak kembali menyusuri mimpi ngeri

Jagalah hati

Agar sentiasa merasa segalanya hanya kerana keizinanNYA

TUHAN,

Pimpinlah hati ini

Agar terus merasa senang dan tenang

Tanpa benci

Tanpa penyesalan

Tanpa sombong

Tanpa noda

TUHAN,

Peliharalah kami daripada

Melakukan dosa

Sama ada yang terang

Mahupun tersembunyi

Jadikanlah hati kami ini sebagai hati yang sentiasa mengingati dan menyintaiMU

Dalam suka mahupun dalam duka

Jadikanlah ayat-ayat cintaMU sebagai penglipur hati kami

Bantulah kami dalam menghadapi bisikan-bisikan itu

Yang melemahkan hati kami saat kami berduka

Yang memesongkan hati kami daripada jalan lurusMU saat kami gembira

Yang datangnya daripada syaitan durjana, insan, dan nafsu ini


Palestin. Peranan Kita?

Perhimpunan rapat umum Selamatkan Gaza yang berlangsung di Dataran Melawati menyaksikan ramai yang bercucuran air mata saat presiden ISMA mengetuai bacaan doa untuk saudara di Palestin. Sungguh, bait-bait doa itu begitu menusuk ke kalbu. Sungguh, diri ini terasa malu nak meminta-minta dengan ALLAH, apatah lagi membayangkan banyaknya dosa yang pernah dilakukan oleh pemilik tangan yang menadah untuk berdoa ini. Namun, semoga ALLAH memperkenankan kepingan-kepingan hati yang tulus mendoakan saudara seakidah di Palestin. Semoga ALLAH perkenankan jua agar hati dan diri yang penuh dosa ini diberi bantuan dalam jihad menentang hawa nafsu yang tak henti menggoda agar mengikut jejak syaitan laknatullah.

Masyarakat dunia dikejutkan oleh amaran Matan Vilnai (Timbalan Menteri Pertahanan Israel) bahawa penduduk Gaza akan berhadapan dengan ‘Holocaust yang lebih hebat’. Perkataan Holocaust ini hamper tidak pernah digunakan oleh Israel melainkan apabila dikaitkan dengan pembunuhan beramai-ramai masyarakat yahudi Eropah oleh Nazi semasa Perang Dunia kedua. Perkataan ini sebenarnua telah diterima secara universal yang menjadi sinonim dengan kesukaran dan kesengsaraan yang mereka alami walaupun sebenarnya adalah disebabkan oleh kedegilan dan kedurjanaan mereka sendiri.

Matan Vilnai sebenarnya sangat memahami apa yang beliau perkatakan apabila dia mengancam penduduk Gaza dengan ‘Holocaust yang lebih hebat’. Dia bermaksud pembunuhan secara beramai-ramai ke atas penduduk Palestin di Gaza sebagaimana penyembelihan orang-orang yahudi oleh Nazi Jerman atau mungkin lebih hebat daripada itu. ini adalah satu amaran dan ancaman yang sangat merbahaya. Kata-kata mereka ini telah menjelaskan apa yang telah berlaku, yang sedang berlaku, serta apakah yang bakal berlaku seterusnya di Gaza. Ancaman ini ternyata lebih terang daripada maklumat dan berita yang disampaikan oleh mana-mana agensi berita dan pertubuhan antarabangsa.

Kita pasti bahawa bangsa yahudi masih belum dapat melupakan penderaan, penyembelihan, dan pembunuhan beramai-ramai masyarakat yahudi Eropah oleh regim Nazi Jerman. Kini, mereka terus memperingati legasi holocaust secara keagamaan dan terus memperjuangkan hak-hak mangsa holocaust serta keturunannya. Namun, kenapa pula mereka berhasrat untuk mengulangi perkara yang sama atau lebih dahsyat kepada rakyat Palestin yang tidak berdosa?

Sebaik sahaja Matan Vilnai menyampaikan ucapannya yang berbentuk ancaman ini, regim Israel terus menyusun konvoi kereta kebalnya di sekeliling Gaza. Tiada siapa yang tahu secara tepat akan objektif dan kehebatan serangan yang akan dilancarkan tetapi dengan Holocaust sebagai perbandingan, maka malapetaka yang lebih besar dan berpanjangan dijangka akan berlaku di Semenanjung Gaza. Kemungkinan yang berlaku ialah penjajahan semula Gaza, pembunuhan pimpinan masyarakat mereka, dan penderaan terhadap 1.5 juta rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

Sekarang , semua yang diperkatakan oleh Matan Vilnai terbukti:

18 Disember 2008 - Pemimpin HAMAS mengumumkan tamatnya gencatan senjata. Keesokan harinya bermula serangan rejim Zionis ke atas Gaza.

27 Disember 2008 – Israel melancarkan serangan udara yang membunuh 229 penduduk Gaza.

28 Disember 2008 – Seranagn udara Israel memusnahkan bangunan makmal di Universiti Islam Gaza.

1 Januari 2009 – Serangan bom Israel membunuh pemimpin kanan HAMAS, Nizar Rayan di Jabalia, Gaza.

2 Januari 2009 – Serangan udara ke atas mesjid menyebabkan 11 orang rakyat Palestin syahid.

4 Januari 2009 – Lima orang awam Palestin syahid apabila terkena bedilan meriam Israel. Sehingga kini angka syahid melebihi 524 nyawa, 120 kanak-kanak dan 50 wanita. Jumlah yang tercedera pula melibatkan seramai 2500 orang yang tidak berdosa. Sekatan di pintu sempadan Mesir-Rafah menyebabkan bentuan makanan sukar disalurkan dan menambahkan lagi kepayahan penduduk di sana.

7 Januari 2009 – Jumlah angka syahid bertambah kepada 635 orang dan tercedera seramai 2900 orang. Perkhidmatan ambulan hampir lumpuh disebabkan peningkatan operasi ketenteraan di Gaza. Hospital-hospital telah kehabisan vaksin dan bekalan darah. Sekurang-kurangnya dua buah hospital kehabisan bahan api untuk menghidupkan generator elektrik. Bekalan air bersih juga semakin berkurangan kerana banyak telaga musnah dibedil rejim Zionis.

Bagaimana pula dengan sikap rakyat Malaysia yang rata-rata diberi nikmat keselesaan, keamanan, dan kemewahan dalam kehidupan jika dibandingkan dengan apa yang berlaku di Gaza, Palestin? Bagaimana pula dengan sikap dan sumbangan masyarakat Muslim yang meyakini bahawa isu Gaza ini bukan sekadar isu kemanusiaan semata-mata, bahkan ianya juga adalah isu besar persaudaraan dan keimanan?

Entah kenapa, kita terlalu senang saat tersentuh melihat babak-babak drama ciptaan manusia, namun tak sedikit pun hati terusik melihat kesengsaraan saudara seakidah kita terus ditindas, disiksa, dan dizalimi? Entah kenapa kita mampu terus bergembira tanpa merasakan perlu melakukan apa-apa saat melihat mereka terpaksa menyaksikan kematian teman, ibu, bapa, anak, isteri, dan suami sendiri setiap hari?

Palestin.

Apa yang mampu kita hulurkan sebagai saudara yang sama-sama berpegang dengan kalimah TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, NABI MUHAMMAD PESURUH ALLAH? Andainya kita tak mampu untuk menghulurkan banyaknya harta, berkorban jiwa dengan turut berperang berserta mereka, apalah salahnya untuk kita kirimkan doa penuh tulus dan ikhlas agar Palestin kan dimiliki semula? Apalah salahnya untuk kita berjihad memerangi hawa nafsu kita daripada membeli barangan yang memberi sokongan untuk Israel?

Ambillah teladan sang burung kecil yang bersungguh mencurah sedikit air saat Nabi Ibrahim a.s. mahu dibakar oleh Raja Namrud. Biarpun ia tahu akan sedikitnya air yang mampu dicurah, namun dia sedar bahawa dia sudah punya jawapan jika ditanya oleh ALLAH s.w.t tentang usahanya bagi membantu nabi ALLAH Ibrahim a.s.

“Hukum syar’ei yang disarankan syariat Islamiah melalui pelbagai mazhab dalam keadaan sekarang (serangan Zionis ke atas Gaza) adalah wajib ke atas umat Islam bergabung dengan bangsa (rakyat Palestin di Gaza) yang dicerobohi seandainya bangsa tersebut tidak mampu melawan pencerobohan tersebut sendirian. Orang Islam adalah umat yang satu… Islam mewajibkan berperang semata-mata membantu golongan yang lemah”

-Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi-

“Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan ALLAH (untuk menegakkan agama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang tertindas dari kaum lelaki, perempuan, dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: “Wahai TUHAN kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya (kaum kafir Musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihakMU seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMU seorang pemimpin yang membela kami(dari ancaman musuh)”.

~Seandainya mahu menyumbang untuk saudara kita di Palestin, hulurkan sumbangan anda kepada:

Aman Palestin Berhad

Maybank Malaysia Berhad:

562263010787

atau

Bank Islam Malaysia Berhad

12029010047880


~~tarikh sebenar ditulis: 12 Januari 2009

Labels:

Selamat Tinggal Silamku

Pergi jauh dariku
Biarkanku
Jangan ganggu diriku
Hai Silamku
Berat sudah kutanggung beban ini
Kelak kanku ganti dengan senyuman
Walaupun pahitnya masih ku terasa

Mungkin kali ini
Kanku mampu mengharungi
Pimpin jiwaku ini
diri yang lemah Oh Kasihku
Selamat tinggal silamku
pergi jauh dariku

Labels:

Puisi untuk Suami, Isteri, Bakal Suami, dan Bakal Isteri

PUISI…

Isteriku ,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.

Lalu……
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet
lain…

*** Balasan Puisi sang isteri***

Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang
telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan….

akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu…

AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti…
Cuba lihat siapa dirimu…
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan

cuma mancis saja!!!!!

please lah….!!!

~~jangan marah k.. just copy daripada seorang teman yang teramatlah kreatif..huhu..!

Labels:

Penyejuk Jiwa

Labels:

Abg Apis' Wed

Orang kata, cuti sekolah ni musim kahwin. Betulla tu, sebab masa macam ni la yang dikira agak fleksibel berbanding hari-hari biasa untuk mereka buat persiapan menjelang hari perkahwinan tu. semua yang bercuti tu bolehlah ringan-ringankan tulang kaki dan tulang tangan untuk bantu saudara-mara ataupun jiran tetangga yang bakal melangsungkan perkahwinan.

Cerita tentang wedding ni, kebetulan sepupu aku pun telah selamat melangsungkan pernikahan pada 19 Disember 2008, majlis di Dewan Tebrau, Johor Bahru pada 20 Disember 2008, dan majlis di Bandar Tenggara, Kota Tinggi pada 21 Disember 2008.

Dalam masa kami sibuk dengan wedding sepupuku (a.k.a. Abang Apis) ni, ramai jugalah rakyat Malaysia yang sibuk mengikuti perjalanan majlis-majlis yang dianjurkan oleh Mawi dan Ekin. Meskipun aku tak berapa ambil kisah tentang majlis tu, aku berpeluang untuk melintasi kedua-dua tempat di mana majlis Mawi dan Ekin berjalan. Yelah, dari rumah Pak Uda (checkpoint pertama: tempat berkumpul saudara-mara) nak ke Dewan Tebrau tu kami melalui Stadium Bandaraya Johor Bahru, manakala jalan ke Bandar Tenggara Kota Tinggi tu membuatkan kami melalui Felda Taib Andak.

Walaubagaimanapun, majlis di kedua-dua tempat berlangsung dengan meriah. Yang paling membahagiakan aku adalah kerana aku dapat berkumpul dengan semua sepupu dan keluarga besarku. (N, macam biasalaa, gambar kami yang lebih daripada gambar pengantin!)

Sedapnyee kek ni..!!

Pengantin dah datang...

Saaayaang Maklong!

Gee.. mana sepupu lain ni??


~tarikh sebenar ditulis: 22 Disember 2008

Labels:

Untitle

Aku bertatih, bertatih lagi.

Melangkah payah menujuMU.

Entah kenapa.

Langkah kian tersasar.

Aku sering tersungkur.

Aku lelah.

Letih.

Penat.

Si jahat itu membisik licik.

DIA membenciku.

Kerana itu aku dibiar jatuh.

Aku berhenti bertatih.

Terus berpaling.

Terus berlari.

Jauh.

Jauh.

Jauh dariMU.

Bibir manis mengukir senyum.

Namun kosong.

Jiwa ini kosong.

Jiwa minta diisi.

Aku tertawa.

Meski hati terus merintih.

Aku rindu.

Sungguh aku rindu.

Rindu untuk bercerita denganMU.

Rindu menangis di hadapanMU.

Rindu senyumku saat mengingatiMU.

Sungguh aku rindu.

Rindu padaMU.

Kini aku pasti.

CintaMU besar buatku.

Berkali KAU beri waktu.

Namun aku

Tersasar laku.

TUHAN,

Ampuni aku.

Lindungi aku

dari suara bisiknya.

Hilangkan kepahitan itu.

Pahitnya pergi jauh dariMU.

Yakinkan aku dengan cintaMU.

Aku ingin tenang.

Tenang bersamaMU.

Biarkan insan terus bercerita.

Aku ingin menjadi hamba yang setia.

Menjadi hamba

Yang tak terusik dengan kekejian.

Tak senang dengan pujian.

Kerana

Kini

Aku hanya mendamba

CintaMU

Labels:

50 orang najlaa??

Satu malam yang seperti malam-malam lain yang biasa, beberapa orang sedang khusyuk menonton televisyen sambil berbual-bual. Beberapa orang tu ialah Nyai, Mama, aku, Mak Usu, dan Syima. Tiba-tiba, Huda n Adik menerpa dan memelukku. Naik rimas aku dibuatnya. Yang sorang asyik berpaut di leherku sampai aku rasa macam nak tercekik! Lagi sorang memeluk erat pinggangku. Lalu, Nyai pun bersuara,

“Hai, macamlah tak pernah jumpa Kak Ila. Apa yang ada kat Kak Ila tu sampai berebut macamtu?”

Betul tu. Apalah yang ada kat aku ni?? Dahla aku yang suka sangat sakat diorang. Kalau ada mak diorang, lagilah aku suka mengusik. Aku memang suka kena bebel dengan makcik-makcik aku!

Tiba-tiba, Adik bersuara,

“Kan bagus kalau Kak Ila ada 50 orang. Nanti semua orang boleh peluk Kak Ila”

Hahaha. Dasar kanak-kanak yang masih takk reti buang hingus bila selsema. Macamtu pulak idea murni dia.

Tapi, betullah. Alangkah bahagia kalau aku ni ada 50. Bolehlah seorang aku pergi habiskan masa dengan melayan kerenah budak-budak, seorang aku lagi borak-borak dengan mama, seorang lagi pergi cari rezeki untuk aku terus dapat belajar, seorang lagi gigih menuntut ilmu…….

Namun hakikat tak seindah idea murni Atiqah Aqilah tu. Semoga ALLAH terus bagi aku kekuatan untuk aku dapat jalankan semua tanggungjawab aku seperti layaknya 50 orang aku yang bergerak.


~tarikh sebenar ditulis: 14 Disember 2008

Labels:

Sepupu, Sepapat, Buku, Ketupat

Hello blog,

Maafkan aku kiranya aku agak mengabaikan kamu.. Sememangnya aku belum mampu menjadi seorang blogger yang baik lagi, meskipun antara impianku ialah menyampaikan sesuatu melalui penulisanku. Ya, kerana aku ialah diri yang tak hentiberfikir tentang apa yang terjadi, sebab, dan akibatnya. Aku punya teramat banyak cerita ceriti untuk dikongsi, hanya saja aku harus memikirkan cara terbaik untuk menapis tiap kisah agar tidak menghebah walau sedikit pun keaiban insan. Pun begitu, kiranya ada sesekali aku tersasar, harap2 ada yang sudi beri teguran… Dan, maafkan aku kiranya selepas ini studyku lebih memerlukan tumpuan aku kerana aku tahu, tugas dan cabaran selepas ini jauh lebih berat. Tapi, jangan risau.. kerana barangkali aku akan titipkan sedikit entri buat kamu di setiap hujung sem. Ataupun, setiap kali aku rasa punya idea untuk dikongsi, aku akan menulis walau sedikit untuk kamu.

Ok, jom masuk tentang sepupu sepapat, buku, dan ketupat…

Cuti ni memang banyak masa aku dihabiskan bersama sepupu dan buku. Ketupat?? Alaa, tu setakat penyedap nama tajuk. Tambah2 pulak, masa aku menulis ni ialah masa Raya Haji, nenekku dah berhempas pulas menganyam ketupat tanpa dibantu oleh aku.. (jangan risau, aku ada buat kerja lain)

Awal-awal cuti je aku dah bercuti dengan sepupu aku yang baru habis diploma di UITM Machang. Seronok sangat aku dapat jumpa dia, sebab sememangnya aku dah lama tak bersua muka dengan dia. Maklumlah, belajar jauh nun di sana.. Kelantan, jauh tuuuu….. Masa mula-mula Nampak Kak Yana setelah lama kitorang tak jumpa, terdetik di hati.. ‘makin cutela cousin aku sorang ni.. mesti best dah habis exam..’ Rupa-rupanya, di sebalik wajah yang tampak cute tu, terselit kisah sedih yang dia alami. Oleh sebab tu, aku beria ajak mama bawa Kak Yana berjalan-jalan untuk ubat hati yang sedang sedih tu.. sebab aku pernah alami kisah yang hampir sama, tapi tak serupa. Aku tau, betapa pedihnya hati dia saat tu. Petang tu, kami buat window shopping je kat Angsana. Bagi aku, yang penting, bawa dia berjalan, ajak dia borak, supaya mind dia tak melayang-layang ingat benda yang memedihkan hati. Syukur, Kak Yana agak ceria sepanjang di Angsana… sehabis kitorang makan dan berjalan di Angsana, kitorang pun balik ke rumah. Dalam perjalanan pulang ke rumah, tiba-tiba mama mencadangkan untuk kitrorang berjalan-jalan di Danga Bay malam nanti.. ‘Ish, mimpi apela mama ni.. selalu, kalau aku ajak pergi jalan malam-malam, mesti mama taknak… Maybe mama pun kesian dengan Kak Yana n nak happykan dia..’

Seronok sangat jalan malam tu dengan mama n Kak Yana. Tambah-tambah pulak bila ada sorang kawan Kak Yana yang join kami malam tu. Yang paling best tu, bila dia secara sukarela nak belanja kami.. Nampaknya tak sia-sia aku try untuk mintak dia belanja. Ish3, jahatnya aku.. nak buat macam mana, aku dah haus sangat. Lagipun bukannya aku selalu jumpa dia pun (dah ni memang first time jumpa).

Malam itu, banyak benda yang aku dan Kak Yana kongsi bersama. Aku merasakan yang aku dapat mengenali Kak Yana dengan lebih dekat lagi masa tu. Dalam aku mendengar kisahnya, aku amat berharap agar dia terus tabah dan dapat secepatnya melupakan kisah sedih itu. Boleh dikatakan setiap malam adalah sessi untuk kami berkongsi kisah. Yang paling best tu, bila kitorang bercerita sambil menghirup angin malam di playground depan rumah. Sesekali aku teringat saat Abah menemani kami yang masih kecil dan riang bermain bersama dengan Nisa dan Alia. Ya, masa kecilku adalah masa yang sangat indah untuk dikenang… Tapi yang tak bestnya tu bila tengah syok-syok kitorang berborak tu, tiba-tiba kitorang dikejutkan oleh satu suara,

“Adik-adik, sebenarnya time macam ni tak boleh duduk kat taman ni lagi sebab takut kalau ada apa-apa kejadian nanti, adik-adik yang kena tuduh.”

Rupa-rupanya tu suara pakcik guard… Apalagi, kitorang pun terpaksa bergerak balik ke rumah.

Danga Bay

Mama n Kak Yana

Hari seterusnya, kitorang pun bergerak balik ke kampung…. Fuuh, bahagia sungguh akhirnya bila aku sampai di kampung. Awal-awal lagi dah terdengar riuh-rendah suara Adik dan Boy yang menjerit memanggil namaku.

Sesampainya di kampung, aku pun cepat-cepat cari Nisa (adik Kak Yana) untuk bagi hadiah birthday yang dah lama dituntut. Silap aku jugak, sebab aku betul-betul lupa nak wish birthday dia. Sudahnya, dia sibuk call aku untuk ingatkan yang haritu birthday dia. Mengimbau balik masa tu, aku pun berialah hantar mesej kat semua makcik untuk inform yang haritu birthday dia. Rupa-rupanyalah cousin aku yang sorang ni dah awal-awal gi promote kat cousin aku yang lain.

Dipendekkan cerita, (sebab Nisa tak bagi aku menulis panjang-panjang. Aku try nak pendekkan ceritalah ni) aku dan Mama pergi ke Muar untuk menghadiri majlis kahwin housemate kami yang lama. Aku memang sangat-sangat rapat dengan dia. Bayangkan je, dia pun dah tau siapa orang yang aku suka sangat-sangat masa sekolah rendah dulu(haha, sekarang dah takde makna apa-apa). Memandangkan kami dah ada kat Muar, makcik aku (a.k.a. Makli) sibuk mengajak kami berdua singgah di rumahnya di Melaka.

Makli ada empat orang anak. Kat rumah, aku selalu bersama Huda, anak last Makli. Masa tu, Syima sedang sibuk hadapi peperiksaan SPM, manakala Abang E berada di KL. Afiq pulak, selalu ada dalam bilik, namun sesekali kami berjumpa, kami akanberbual panjang. Hmm, Afiq ni sebaya dengan aku dan dialah cousin yang sangatrapat dengan aku masa kecik-kecik dulu. Boleh dikatakan di mana ada aku, di situ ada Afiq. Huda ni pecinta kucing. Buat masa sekarang ni, seorang budak kecik yang bernama Huda tu dah bela 14 ekor kucing. 14 ekor tu, tak masuk lagi dengan kucing-kucing dia yang dah tamat riwayat. Dari dulu sampai sekarang, antara hobi yang tak dapat aku buang ialah mengusik dan menyakat budak-budak. Hehe.. Dalam aku rajin melayan diorang tu, sebenarnya aku ni sangat suka buat diorang hampir menangis. Tapi selalunya, aku akan pujuk sebelum diorang sempat menangis. Hm, kalau yang dah nangis tu, tak dapekla den nak nolong… Ada satu hari tu, Huda boleh cakap dengan aku,

“Kak Ila, Huda ingat lagi Kak Ila pernah cakap Huda ni anak angkat.. Lepastu Kak Ila cakap, nama Huda ni sebenarnya Rokiah..”

Aku pun tak sangka, Huda boleh ingat usikan aku suatu ketika dulu. Masa tu, bersungguh-sungguh dia mengadu kat mak dia sambil menangis. Disebabkan dia yang sibuk ingatkan aku, sampai hari ni kadang-kadang aku panggil dia ‘Rock’.

Akhirnya, hari yang dinantikan oleh Syima telah tiba….. Syima dah habis exam.. Merdeka..!! Aku disuruh oleh Makli untuk ikut Pakdon dan Huda ambil Syima di asramanya. Nampaknya, tak rugi pun aku ikut ambil Syima, sebab aku dibawa berjalan-jalan di sekitar Bandar Hilir, Melaka. Macam-macam benda baru dan menarik yang aku dapat tengok. (Cheh, macam buat karangan pengalaman saya sewaktu cuti sekolah). Destinasi terakhir ialah di Mahkota Parade. (Nilah tempat aku selalu fly masa kat MRSM Jasin dulu) Di MP, kitorang singgah makan di Pizza Hut. Syima yang pilih MP ni, sebab dia nak jumpa sorang kawan. Yang aku tak puas hati tu, dia tak bawak kawan dia tu jumpa aku. Tapi takpelah, salam insan bergelar Basam atau Encik Sebelas pun telah kusambut.

Beberapa hari selepas tu, aku, mama, Syima, dan Huda pulang bersama ke kampung. Sebelum tu, kitorang singgah di Jusco untuk belikan sedikit buah tangan untuk dibawa ke kampung.

Melayan Huda a.k.a Rock

'Hmm..bila ar pizza ni nak sampai??'

Sebelum bertolak balik ke kampung

Aku kemudiannya mengajak Syima untuk menemani aku ke Johor Bahru bagi menyelesaikan beberapa urusan di UTM dan di rumah. Syima memang seorang yang peramah dan mesra alam. Jadi, itu membuatkan aku benar-benar selesa untuk bawa dia ke mana sahaja. Tak perlu masa yang lama, sekejap je dia dah mula ngam dengan teman yang membawa kami ke Johor Bahru. Saiz kasut yang baru dibeli oleh Syima pun dipilih oleh temanku itu.

Sewaktu di rumah di JB, aku terpandang buku La Tahzan yang memang dah lama aku rasa nak sambung baca. Lalu setelah Syima tidur, aku mengambil masa untuk menyambung bacaanku. Membaca buku tu bagai memujuk-mujuk hatiku yang sedang menanggung pelbagai bentuk ujian. Aku benar-benar tak mahu lagi dikuasai oleh ujian, sebaliknya akulah yang harus mengatasi segala ujian. Dalam buku La Tahzan ini, aku temukan ayat-ayat penyejuk jiwa. Buku ini seakan mengembalikan keyakinan aku yang kian luntur sewaktu aku dihimpit rasa susah, resah, dan gelisah.

Setelah menyelesaikan urusan di JB, aku dan Syima pulang ke kampung dengan menaiki bas. Sebelum tu, kami dibawa oleh temanku itu ke Angsana dan dia membekalkan kami dengan sekotak donut daripada Dunkin Donut.

Setibanya aku di kampung, aku disambut olah satu pertanyaan daripada Boy,

“Kak Ila, mana keropok?”

Alamak, baru aku teringat yang aku dah janji untuk belikan Boy keropok.. (sebab masa tu Huda n Adik tengah nakal) Malangnya, aku betul-betul terlupa untuk belikan dia keropok.

Hari berikutnya, kami semua sibuk membuat persiapan menyambut Aidiladha. Pagi itu, aku menemani Syima ke cyber cafe untuk melengkapkan borang UPU. Sebelum pulang, aku sempat membelikan keropok untuk Faiz a.k.a. Boy, Huda, dan Adik. Fuuh, lega… janji tertunai.

Malam aidiladha itu, kami berkumpul sesama sepupu. Entahlah, rasanya rumah ni tak pernah sunyi dengan suara-suara kami. Bak kata Alia, “Cucu-cucu Nyai ni takde yang pendiam..” Cerita pasal Alia (a.k.a. Along) ni buat aku rindu pulak kat dia dan gelak ketawa besar dia tu. Tapi, dia tak ada sebab sibuk menjaga nenek di Kluang. Takpelah, Selamat Aidiladha Along..!!

Tiba-tiba, aku terdengar suara Adik,

“Kak Ila ni tak adil.. Kak Ila sayang Kak Nisa je. Kak Ila tak sayang Adik.”

Nak buat macam mana, aku memang rapat dengan Nisa pun. Tapi, for sure la tak akan lupakan Adik. Haish, budak-budak ni macam-macamla kat fikiran diorang. Yang paling aku tak boleh tahan, Adik pernah cakap dia jealous kalau aku ada anak nanti. So, dia tak bagi aku kahwin. Sedih betul, dahlah aku ni memang teringin nak ada anak sendiri yang comel-comel..

Sebelum tidur pulak, aku sempat berkongsi cerita dengan Kak Dira. Aku sampaikan satu berita gembira setelah satu peristiwa ngeri dan sangat pahit hadir dalam hidupku. Sejak hari raya aidiilfitri lagi, baru aku sedar betapa kak dira ni memang sayangkan aku. Thanks kak Dira…!!!

Bila Aidiladha menjelma, aku diarahkan oleh Nyai dan mama untuk menemani Abang Apis menghantar makanan ke rumah jiran-jiran. Di dalam kereta, kami sempat berborak tentang pelajaran dan perihal bakal isterinya. Abang apis bakal melangsungkan perkahwinan 21 Disember ni.. (sama dengan hari Mawi kahwin). Sepanjang hari raya, Abang Han dan Kak Lela dah habiskan menonton banyak movie di laptopku. Masa berganti masa, semua dah pulang ke rumah masing-masing.

Malam itu, Nisa datang ke rumah Nyai dan kami menghabiskan masa bersama. Mulanya kitorang sibuk bermain game, tapi drama tv yang best seakan memanggil-manggil kitorang. So, game over, On TV… Tapi sayang, cerita sedih pun jadi tak sedih sebab kitorang asyik bergaduh n bergurau sesama sendiri je.

~~Sengaja aku coretkan entri ini kerana aku kian mensyukuri nikmat keluarga yang dianugerahkan Illahi. Aku betul-betul sayangkan semua cousin aku. Thanks banyak kat korang yang selalu menceriakanku……

~~Pun begitu, aku tak pernah lupa cousin yang namanya tak tertulis dalam ni. Aku ingat lagi Kakcik yang pernah bagi kad birthday yang penuh dengan kata-kata semangat, dan ramai lagi cousin lain…

cima,najlaa,k.Yana,k.Dira,along

najlaa n kak Nina

kakCik n kak Nina

Labels:

Welcome 2 Myself In My New Blog-World...!

Salam 2 everyone...:)
at last, tercapai niat nk jd blogger di blogspot ni...
smoga yg baik dpt dishare bersame,
n yg buruk dpt dijadikan sempadan...
~~teguran amat dialu2kan atas salah silap

Labels: