Ayat-ayat CINTA , Titis-titis CITA

Bukan mudah, mengejar CITA, Apa lagi mengejar CINTA... Namun, aku tak akan berhenti dalam pencarian ini.... insyaALLAH.

Monday, January 26, 2009

Yai


Yai. Apa benda tu? Oh, tu bukan benda. Tu adalah panggilan yang sama macam atuk, datuk, tok wan, dan lain-lain yang bermaksud seorang datuk. Yai yang aku nak ceritakan ni ialah atuk kepada aku dan sepupu-sepupu aku yang lain:) Kami semua sayang (rasanya semualah, tak taulah kalau ada yang tak) Yai sangat-sangat. Walaubagaimanapu, beliau dah menghembuskan nafas terakhir, kalau tak silap aku pada 1 Ogos 2003.

Yai. Apa yang special sangat tentang Yai ni? Bagi aku, Yai ni memang special dan lain daripada yang lain. Bukan aku sengaja nak puji beliau, tapi itu dah memang hakikat. Kalau Rasulullah tu digambarkan sebagai baik, lemah-lembut, pemaaf, dan punya banyak lagi sifat mulia, aku rasa ciri-ciri tu banyak yang dapat aku lihat pada Yai. Ya, dah tentulah tak sesempurna baginda Rasulullah s.a.w. Namun, aura kebaikannya sangat dapat aku rasa sampai sekarang, dan selalu membuatkan aku teramat rindukan Yai....

Nama sebenar Yai ialah Hj Mohd Som bin Hj Abdul Rahman. Kalau nak ceritakan tentang sejarah Yai masa muda-muda ni, aku takdelah dapat ingat sangat. Tapi, apa yang aku taulah.. Yai ni merantau dari Indonesia ke Malaysia untuk mencari ilmu. Kemudian, bila dah sampai kat Malaysia, ada seorang lelaki yang berkenan sangat tengok peribadi Yai ni. Maka, dia pun berhajat untuk dijodohkan dengan anak perempuannya iatu Hajah Radhiah a.k.a. Sarmi a.k.a Nyai. Pun begitu, masa tu Nyai (nenek) aku ni
baru berusia 10 tahun. Haha, apa bendalah yang seorang budak darjah empat sekarang ni tau pasal kahwin kan? Maka dengan penuh sabar dan setianya, Yai mengajar macam-macam ilmu dunia dan akhirat untuk seorang yang bergelar isteri, tapi masih tersangatlah muda rumaja!

Antara yang aku kagumi tentang Yai ni, rasanya seluruh rutin hariannya mengikuti sunnah Rasulullah s.a.w. Setiap kali nak bersolat dan lepas makan, Yai tak lupa nak bersugi. Rasanya, selain daripada bekerja dan membantu meringankan kerja-kerja isteri, Yai selalu menghabiskan masanya dengan mengaji Al-Quran, mengajar orang baca Al-Quran, dan menelaah kitab-kitab beliau. Tak pernah sekalipun aku atau orang-orang lain nampak Yai cakap benda yang tak perlu, patah lagi bergaduh atau mengumpat. Selalunya, apa yang keluar daripada bibir Yai hanyalah kata-kata berupa nasihat ataupun mesti tentang agama. Setiap kata mesti dikuatkan dengan nas-nas yang disokong kuat oleh Al-Quran mahupun hadith. Dan, yang aku rasakan agak kelakar, setiap kali orang berkumpul dan cerita tentang harta ataupun gossip, mesti dengan automatiknya Yai tertidur dengan lenanya. Yelah, mana tak asyik tertidur. Setiap kali aku terjaga malam mesti aku nampak Yai sedang asyik dengan qiamullailnya. Dari kecik aku suka sangat tengok wajah tenang Yai, lebih-lebih lagi masa tengok Yai solat malam. Dan yang bestnya bila Yai selalu bangun malam, aku tak perlu rasa takut nak pergi toilet (masa tu toilet kat luar rumah) sebab aku boleh ajak Yai temankan dan tunggu aku kat luar.

Masa kecik-kecik dulu, Nyai dan Yai masih kuat dan gagah lagi. So, aku selalu ikut Yai Nyai pergi jalan-jalan. Yang seronok tu, Yaii selalu sangat ceritakan kisah-kisah Nabi kat aku. Yai pun selalu juga ceritakan tentang malaikat-malaikat yang wajib kita ketahui. Pendek kata, macam-macam cerita yang Yai cerita, dan aku tak pernah jemu mendengar cerita-cerita Yai. Sesekali bila aku balik kampung, aku excited sangat ikut Yai ke kebun di belakang rumah dengan Kak Yana dan Nisa. Aku nii pulak mulut tak reti penat nak bertanya dan bercakap, tapi Yai selalu je layan mulut aku ni. Setiap yang aku tanya mesti Yai jawab dengan sabar dan terperinci.. Selalunya, sebelum balik rumah, mesti Yai ambikkan buah-buahan ataupun sayur-sayur untuk dibawak balik...

Kalau aku demam, selalunya Yai akan cepat-cepat pergi ambilkan buah kelapa dan dia mesti suruh aku selawat sambil menghadap kiblat sebelum minum air tu. Aku rindu sangat Yai yang teramat baik dan penyayang tu... Tapi selalunya kalau aku rindu sangat dengan arwah Yai, aku mesti mimpi Yai meskipun dalam mimpi tu Yai cuma tersenyum dan tak cakap apa-apa. Tapi takpelah, terubat jugak rindu ni. Ada sekali tu pulak, tiba-tiba Mama cakap Mama rindu sangat dengan arwah Yai. lalu, dengan selamba pun aku cakap,
"Nii kan malam Jumaat, kot-kot Yai datang tengok Mama..."
Dan malam itu jugak, masa Mama nak bangun solat malam, tiba-tiba Mama terbau haruman minyak atar yang Yai selalu pakai masa dulu. Betullah kut, malam tu Yai datang jenguk Mama...:)

Setiap petang di kampung, mesti aku kena belajar ngaji dengan Yai. Kiranya masa tu Mama cuti daripada jadi guru mengaji akulah.. Tapi belajar dengan Yai ni, seronok sebab.. baru mengaji sikit je, aku boleh cakap,

"Yai, dah penat.. Nak pergi main.."

Alaa, sepupu yang lain tu pun sama je, selalu mintak habis cepat. Dan, Yai pun tak pernah marah. Tapi bila Yai ni baik sangat, lama-lama aku sendiri yang segan nak habis cepat. Bagus betullah Yai ni, macam tau ilmu je psikologi kanak-kanak.

Yai ni tak pernah marah, melainkan kalau orang tak solat. Selagi orang tak solat, mulut Yai tak henti bercakap. Aku pun pelik, kenapa agaknya cucu Yai ni tak baik macam Yai? . Hai, betullah Raihan kata iman tak dapat diwarisi.

Kalau nak cerita tentang kebaikan Yai ni, memang tak habis rasanya. Sampaikan orang-orang kamoung pun respect sangatt-sangat dengan Yai. Jangan kata orang kampung, Abah aku pun selalu ingat dan sebut-sebut kebaikan Yai. Sesungguhnya kebaikan dan kasih sayang Yai dah berjaya menawan hati ramai orang!

Yai juga diuji dengan penyakit lupa-lupa. Aku dapat rasakan yang penyakit Yai ni tak lain dan tak bukan adalah sebagai ujian untuk kami yang masih ingat ni. Masa tu, Yai selalu sangat cakap nak balik... Dan Yai kerap ternampak ahli keluarga yang dah meninggal. Masa tu, yai suka sangat ulang pertanyaan yang sama. Contohnya, bila nampak muka aku je, nanti dia tanya,
"Umur berapa?"
Aku pun jawablah.."15 tahun"
Lepastu Yai mesti cakap macamni.. "Kalau dah baligh, wajib solat setiap waktu. Kalau datang haid masa puasa, boleh tak puasa. tapi nanti mesti ganti puasa."
Baru je aku tarik nafas beberapa kali, Yai mesti tanya dan ulang balik ayat yang sama. Huhu, betul-betul menguji!

Sepanjang hidupnya Yai tak pernah alami sakit teruk-teruk. Demam pun rasanya jarang sangat. Setiap kali ditanya doktor apa rahsia kesihatan, Yai selalu nasihatkan doktor supaya selalu baca surah Al-Kahfi.

Seingat aku, benda terakhir yang yai cakap pada aku sebelum aku balik ke MRSM Batu Pahat ialah supaya aku amalkan surah Al-Ikhlas. Masa tu aku tak terfikir langsung bahawa itulah kali terakhir aku dapat dengar suara dan pesanan Yai.

Mama pulak cakap, benda last yang Yai pesan pada Mam supaya jangan banyak ketawa, n selalulah baca LAAILAHAILLALLAH. Sekarang ni, baru aku terikir yang pesanan Yai pada kami tu adalah tentang aqidah. Betullah, aqidah adalah tunjang utama. Tanpa aqidah yang kukuh, kita mudah goyah.

Dipendekkan cerita ni, satu hari tu Yai terjatuh di bilk air, dan mengakibatkan kesakitan yang amat sangat di kepala dan badannya. Cerita ni aku dengar daripada pakcik, makcik, Nyai, dan sepupu yang lain sebab aku tak dapat tengok Yai start daripada Yai sakit sampailah Yai koma. Tapi,, diorang cerita, malam sebelum ke hospital tu, Yai mengikat kepalanya menggunakan tudung aku yang ada di kampung. Mungkin nak hilangkan rasa sakit yang amat sangat. Kemudian Yai mengensot mengelilingi rumah dan Yai berhenti lama sangat di bilik solat. Di situlah kebanyakan masa Yai dihabiskan untuk mengaji, mengajar, solat, dan qiamullail.

Aku cuma dapat tau Yai sakit bila aku telefon Mama. Hati aku ni meronta-ronta nak balik mengenangkan Yai pun dah dibawa ke hospital. Tapi, Mama tak bagi sebab aku tengah sibuk nak periksa dan paling penting sekali ialah PMR. Semua sepupu dan yang lain dah tengok keadaan Yai yang tengah sakit tu. Aku cuma dapat dengar cerita yang sewaktu dipindahkan dari satu bilik ke bilik lain di hospital, doktor pun sempat diceramahkan oleh Yai. Kalau tak silap, Yai sibuk menasihatkan doktor tu supaya amalkan surah Yaasin. Ditakdirkan ALLAH, satu hari tu aku pun dapat cuti. Aku tak ingat cuti apa masa tu. Masa dalam bas tu, aku asyik teringatkan Yai je. Masa tu aku diceritakan yang Yai kurus sangat. Aku tak dapat bayangkan lagi macam mana keadaan Yai, sebab setau aku Yai tu memang kurus.

Sebaik je aku sampai rumah, aku nampak seorang jiran tengah bacakan bacaan Al-Quran di sebelah Yai. Aku terus pergi mendapatkan Yai, dan aku mendapati Yai sedang koma dan tak dapat bercakap apa-apa. Memang Yai kelihatan teramatlah kurus masa tu, sampai pipi Yai kelihatan ke dalam sangat. Cengkung sangat. Yang tambah mengharukan aku, bila Makcik kat sebelah Yai tu cakap,

"Yai ni tunggu engkau balik agaknya,"
Aku sedih sangat-sangat masa tu, sekaligus rasa bersyukur sebab akhirnya aku berkesempatan untuk balik bercuti. Dan masa tu, semua pakcik, makcik, dan sepupu berkumpul berdekatan dengan Yai. Ada anak Yai yang bacakan Al-Quran, ada yang mengajar Yai mengucapkan kalimah Tiada Tuhan Selain ALLAH, Nabi Muhammad Pesuruh ALLAH. Masa tu jugak aku tengok peringkat-peringkat Yai menghembuskan nafas terakhir. Yang aku ingat masa tu, Syima meluru memelukku dan kami sama-sama menangis.

Aku ingat lagi waktu ramai-ramai berkumpul berdekatan dengan jenazah. Tiba-tiba semua terhidu bau yang sangat harum. Saat tu memang sayu, ditambah lagi dengan hujan renyai yang turun. Langit seolah berkongsi sedih dengan kami yang di Bumi. Syukur, pengurusan jenazah dan pengebumian berjalan dengan mudah dan lancarnya. Pakcik yang menggali tanah kubur untuk Yai pulak cakap yang Tanah tu senang sangat nak digali. Untuk penempatan tanah kubur pula, dengan mudahnya dapat kawasan yang betul2 bersebelahan dengan Masjid. Sesuailah dengan kelaziman Yai yang selalu berjemaah di surau mahupun masjid. Selalunya, awal2 lagi, usai qiamullail di rumah, Yai akan terus ke surau dengan torchlight.

Tinggallah Yai dalam kenangan......



~~Pernah sekali tu Yai mintak tolong aku potongkan kuku. Yang bestnya masa potongkan kuku Yai tu, Yai pun cakap..

"Yai doakan Najla' dapat suami yang barik (handsome) dan baik macam Yai"
Walaupun mungkin, Yai bergurau, tapi aku selalu ingat ayat tu. Hmm.. semoga aku dapat suami sebaik Yai. aamiin.

Labels:

3 Comments:

Blogger nanami ichijo said...

allahyarham yai must meant a lot to u rite? what u wrote also got me to adore him..
may allah bless his soul.al fatihah

February 16, 2009 at 5:55 PM  
Blogger brillianajlaa said...

aamiin..thanx alot...;)yup, he's d best guy ever

February 21, 2009 at 9:45 PM  
Blogger Budak Palembang said...

Yai awak ni dari Palembang ker???

June 11, 2013 at 7:04 PM  

Post a Comment

kumenz

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home