Ayat-ayat CINTA , Titis-titis CITA

Bukan mudah, mengejar CITA, Apa lagi mengejar CINTA... Namun, aku tak akan berhenti dalam pencarian ini.... insyaALLAH.

Thursday, January 22, 2009

Solat, Mungkar, Taubat??

Solat. Mungkar. Taubat. Itulah tajuk kita pada malam ni. Pernah tak dengar ayat yang berbunyi lebih kurang macam ni…

“Kau ni, solat tonggang tonggek pun tak guna. Tiap-tiap hari buat dosa.”

Dan mungkin ada segelintir di antara kita yang merasakan bahawa seakan sia-sia setiap hari kita bersolat, namun masih punya titis-titis dosa dan maksiat. Akulah yang termasuk di antara kumpulan segelintir(atau mungkin bergelintir-gelintir…) tu. Bila diri merasa berdosa, aku sering rasa putus asa dalam perjalanan mengejar cinta TUHAN. Dan aku terasa amat malu untuk solat. Namun sebenarnya semua tu hanyalah bisikan-bisikan daripada Syaitan, musuh kita yang nyata. Sudahlah dia dah hasut kita untuk lakukan satu dosa, lepastu dia akan buat kita terus mengekalkan dosa bahkan menambah dosa hanya kerana kita malu dengan dosa yang satu itu. Syukur aku mulai sedar akan hakikat itu. bahawa tak ada manusia lepas daripada kesilapan, tak ada insan sempurna di dunia ini. Pun begitu kita tak boleh putus asa untuk terus menyempurnakan semua perintah dan sempurnakan penghindaran larangan ALLAH kerana sejauh mana pun kita berjalan sememangnya destinasi kita tetap kampung akhirat. Sejauh mana kita cuba melarikan diri, kita tetap bakal menemui saat pengadilan ALLAH Yang Maha Adil.

Lantas aku berfikir, mungkinkah ramainya teman-teman aku yang liat untuk solat ini kerana malu dengan dosa ataupun merasa diri tak layak untuk bersolat? Sesungguhnya, solat itu mencegah kita daripada melakukan kemungkaran. Persoalannya, kenapa kita masih belum mampu menghindar dosa? Justeru seharusnya kita kaji balik cacat dalam solat kita. Yang terrrrrrrrpaling penting tentulah niat. Benarkah solat itu untuk TUHAN? Atau mungkin hanya kerana kita malu andainya dilihat sebagai orang yang meninggalkan solat? Adakah solat kita di awal waktu, atau mungkin kita solat Asar di awal waktu Maghrib? Benarkah solat menepati syarat-syarat sah solat? Sempurnakah wudhuk? Dan paling susah rasanya untuk menjaga khusyuk dalam solat. Lantas, mungkin ada yang tertanya-tanya, apa gunanya solat tanpa khusyuk? Ya, sebagai manusia yang normal, aku tau sangat betapa sukarnya mendapat khusyuk dalam solat. Pun begitu, kita harus terus berusaha untuk tingkatkan kualiti solat kita dari masa ke masa. Di samping usaha, seharusnya kita berdoa penuh harap agar ALLAH bantu kita dapatkan khusyuk dalam solat. InsyaALLAH.

Dan tentang taubat. Sesungguhnya andai kita pernah melakukan dosa dan merasa merindui taubat, maka bersyukurlah kerana itu petanda bahawa hati masih hidup. Sekiranya kembali mengulangi dosa dan masih rindukan taubat, maka tetaplah bersyukur kerana hati masih hidup. Lalu segerakanlah taubat itu. Ingatlah bahawa ALLAH maha pengampun. Biarpun manusia itu sifatnya suka menghukum, namun ALLAH Maha Suci daripada segala kekurangan itu. Meski dah berkali-kali kita mengulangi dosa, namun ALLAH masih menjanjikan ampunan untuk hamba-hambaNYA yang bertaubat. Lantas, kenapa harus kita sia-siakan peluang ni? Selepas bertaubat, sentiasalah doa penuh harap agar dipelihara daripada dosa dan noda. Semoga hati terus tenang, senang dan lapang dalm kerdhaanNYA.

Juseru, aku menyeru diri dan semua agar terus berusaha menghindarkan dosa, bertaubat, dan berdoa penuh harap kerana setiap yang berlaku hanya dengan keizinanNYA.

~aku menulis dari hati, kerana aku tak mahu melihat teman-teman terus tertipu dengan syaitan dan nafsu. Bukankah dosa tu hanya menjanjikan resah yang tiada sudah? Zahir kita mampu menipu, namun batinnya kita jua yang tau. Aku juga terlalu jauh daripada sempurna. Jauh sangat-sangat. Aku juga mengharapkan teguran penuh kasih daripada teman-teman andainya sesekali aku tersasar jalan. Andai hati ini terlalu keras saat kau menegur, tetaplah berdoa untukku kerana aku yakin ALLAH mendengar doa tulus seorang sahabat.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

kumenz

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home