Ayat-ayat CINTA , Titis-titis CITA

Bukan mudah, mengejar CITA, Apa lagi mengejar CINTA... Namun, aku tak akan berhenti dalam pencarian ini.... insyaALLAH.

Saturday, June 13, 2009

Kisah tudung?

Aku baru je terbaca satu entry yang ditulis oleh seorang teman. Tajuknya 'Yang Bertudung Labuh'.

Banyak sangat isu yang boleh dikupas dalam tajuk ni. Contohnya mcm seorang perempuan ni, yang ingin sangat ke arah jalan mendekati ALLAH. Then, ditakdirkan yang dia bertemu dengan sahabat yang dirasakan boleh membimbing dia ke sana. So, dia pun start untuk ikut jalan seperti yang selalu dibuat oleh sahabatnya. Tapi, alangkah frustnya dia bila mendapati sahabatnya yang dulu sebenarnya orang yang 'pilih bulu'. Dan yang amat menyedihkan, dia yang belum betul2 kuat ni mula mempersoalkan tentang perbezaan antara yang 'bertudung kurang labuh' tapi mesra tanpa memilih kawan, lebih prihatin, dan sebagainya berbanding dengan yang bertudung labuh. Akhirnya teman ini mula menjauhkan diri sejauh-jauhnya.

Suatu masa dulu, perempuan ni teramat senang berdampingan dengan golongan seperti ini. Sebab seringkali didengari yang kita perlu berteman dengan sahabat yang baik untuk jadi baik. Tapi, apakan daya, mereka yang baik terlalu takut untuk berteman dengan yang kurang baik. Tambah menyedihkan, andai mereka yang baik ni hanya tau mengata tanpa sedikitpun punya usaha untuk memahami dan membantu. Ingatlah bahawa kita baik pun dengan adanya izin daripadaNYA. Hati ini milik Dia. Bila-bila masa Dia mampu terbalikkan hati kita. Bila-bila masa diri yang merasakan teramat terpelihara boleh terpesong jauh dari landasan. Ingat saja kisah seorang abid yang di hujung kematiannya dalam melakukan maksiat.

Hmm, cukuplah melalut sampai di sini. Semoga ALLAH bantu hamba yang lemah ini. ALLAH jua yang maha mengetahui setiap suara hati ini.

Labels:

2 Comments:

Blogger mohd nazir said...

Nabi saw kerap kali membaca doa ini'ya muqollibal qulub,thabbit qulubana ala to'atiq..(ya Tuhan yg membolak balikkan hati, tetapkan hati kami dlm mentaatiMu)

June 14, 2009 at 11:16 AM  
Blogger brillianajlaa said...

thanx byk2..:)

July 1, 2009 at 1:08 AM  

Post a Comment

kumenz

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home