Ayat-ayat CINTA , Titis-titis CITA

Bukan mudah, mengejar CITA, Apa lagi mengejar CINTA... Namun, aku tak akan berhenti dalam pencarian ini.... insyaALLAH.

Friday, July 3, 2009

Cuti-cuti Malaysia

Lama jugak aku tak update blog ni kan.. bukan apa, aku agak busy dengan program cuti aku. Huhu. Macam yang aku dah cerita, masa awal-awal cuti memang aku tak sempat sangat pun nak betul-betul cuti sebab sibuk dengan program-program lain, : Kursus pemantapan JKM kat Tanjung Leman, join program Bersamamu, KBAZ kat PWTC, n tolong-tolong sambil usik-usik budak-budak tadika, buat site visit, n etc.
Sepanjang aku stay kat rumah, dah tiga kali kot dapat berita tentang kematian sedara terdekat. Alhamdulillah, mama jenis yang sanggup sempatkan masa untuk ziarah semua kematian tu. kitorang selalu pergi ziarah join Pak Uda sekeluarga. Bila tengok macamni, hati pun terdetik.. bila pulak turn aku kan. Dahla dosa bertimbun, iman turun naik tak terjangka.
Alhamdulillah, at last aku dapat jugak rasa cuti sendiri.. Cuti ni memang dah plan dengan mama untuk aku stay kat kampung. So, dapatla aku tolong mak usu n nenek aku sambil mengasah ilmu rumahtangga. Hahaha. Kat UTM mana ada peluang nak masak ke, jaga adik-adik ke. Walaupun susah nak jumpa adik sendiri, at least aku boleh jaga adik-adik sedara kan. Masa kat kampung tu, tiba-tiba Alia ajak aku gi City Square. Adoi, dia ni.. Aku dah sampai kat kampung baru nak ajak gi JB balik. Tapi beria sangat dia pujuk aku sampai dia nak support semua tambang. So, aku pun pergi je ar. Paling best sebab aku ajak Hajar MN join sekali. Fuuh, dah lama sangat kitorang tak jumpa! Last jumpa masa class reunion time aku form 3 kot. Mula-mula aku betul-betul nak tengok cerita Angels vs Demons, tapi Hajar cakap..
“I’m not in d mood nak tengok cerita macamtulaaa..”
So, nak buat macam mana, aku rasa time ni layan cerita romantic comedy pun best kan.. then, dia pilih cerita 17 Again. Thank God..cerita tu memang best!!
Tapi, belum lama aku kat kampung, aku kena gi Kolej Matrikulasi Johor atas satu urusan. Dah sampai jauh ke Tangkak tu, kitorang pun terus gi rumah Makli kat Melaka. Dah sampai sana, aku puaskan ronda-ronda Melaka dengan Syima n the gang. Huhu, semua adik-adik aku je. Bila dah jalan-jalan tu, memang tak sangka Melaka dah makin cantik n best. No wonder Syima sibuk ajak aku keluar malam tu. Mula-mula gi tengok Eye on Malaysia n Taming Sari. Tapi tengok je ar, tak naik pun. Faham-faham je ar kitorang ni kena save budget. Then, diorang bawak aku gi Dataran Pahlawan. Kat sana kitorang berpecah, sebab kitorang taknak makan.. Syima, Amad n Juk pulak nak makan. So, aku, Huda, n kawan baru kitorang ni teruskan aktiviti window shopping. Thanx to our friend, I got a new Malacca T-shirt yang cute..:)
Before tu, kitorang dah jalan-jalan tengok shopping mall lain. Boleh kata semua tempat kitorang pergi.. tak tau nak cerita macam mana, tapi memang best! Masa jalan dengan Syima n the Gang ke, jalan dengan Huda ke, jalan-jalan dengan Mama n lain-lain pun best. Memang tak muat nak cerita satu persatu..

Then, dah puas jalan-jalan Melaka tu, aku n Mama balik ke kampung semula. Mama terpaksa balik JB untuk teruskan perjuangan bekerja. Tak sampai sehari kat kampung, Paksan ajak aku ikut hantar Nisa sambung study kat Pahang. Dalam kereta tu, apa lagi.. happy n ceria je aku, Nisa n Kak Yana. Memang kerja kitorang : Makan, tidur, borak, gelak. Pulak tu, Makmah ni memang rajin sangat masak. Apalagi, kenyang n sukahati ar aku kat kereta tu.. hehe.
Part yang sedih pulak, bila terpaksa tinggalkan Nisa sorang-sorang kat sana. Aku dah cakap dengan dia awal-awal, aku nak tengok dia nangis ke tak. Hehehe. Yela, dia ni anak last n tak pernah lagi masuk hostel. Bila dia dah nangis tu, aku pun bergenang gak air mata ni. (tapi tak nangis lagi tau!)
Dah puas berjalan tu, aku teruskan misi yang asyik tergendala je : duduk kampung! Huhu, best sangat jadi Gadis Kampung for 2 weeks. Rutin biasa lepas solat Subuh tu, terus kena hantar adik n Boy gi rumah Kak Mila. Mak usu tak dapat hantar diorang gi sekolah sebab Mak Usu demam teruk masa tu. then, kat rumah tu biasa-biasa ar.. buat kerja-kerja rumah je. Mak usu memang tak bagi aku tidur pagi lagi, sebab dia cakap nanti kita makin kembang! So, aku pun than ar ngantuk n settlekan kerja pagi-pagi. Bila dah tengah hari, kitorang selalu cakap, ni time rehat kitorang. So, bila nenek aku lapar, senang je.. sebab aku dah siap masak. Just kena pergi dapur n ambikkan nasi untuk nenek aku. Tapi, sepanjang kat sana, aku perasan yang nenek aku ni semakin manja pulak. Hehe. Tapi, semoga semua orang ambil kesempatan sementara Nyai (nenek) masih ada ni untuk senangkan hati dia. Kalau pun ada hati kita terasa dengan kata-kata ke, buanglah cepat-cepat. Memang biasanya orang tua macamtu. Diorang dah makan garam lagi banyak daripada kita.

Kat kampung gak, aku ajar adik main macam-macam. N aku jadi cikgu tuition n dictionary bergerak untuk Boy yang nak UPSR. Tak kisahla, ilmu yang ada perlu dikongsi. Semoga dia pun dapat 5A n happykan hati semua. Nasib baikla aku tak lupa lagi semua benda-benda tu. kalau tak, buat malu je tak dapat jawab soalan Boy kan…

Lepastu, Boy dapat masuk pertandingan Sahibba peringkat negeri. So, aku yang jadi mangsa kena kawan Sahibba dengan dia. Sepanjang main Sahibba dengan dia, memang aku boleh nampak yang dia ni terror lawan Sahibba. Dia pandai cari peluang untuk dapat point banyak. Walau apa pun, still.. aku yang menang semua game tu…

Dah tiba hari-hari terakhir aku kat kampung, Kak Dira pulak sibuk nak temankan aku. Bila dia dah ada tu, kitorang masak sama-sama, borak sama-sama, hantar adik n Boy gi sekolah (sebab dia je reti drive.aku tak reti), jalan-jalan pusing kampung, tidur sama-sama n surf tenet sama-sama. Then, ada satu hari tu aku, Kak Dira n Kak Yana gi jalan-jalan sampai Batu Pahat. Hajat di hati nak tengok movie, tapi orang kat rumah semua dah rindu aku n suruh balik. So, kejap je ar.. tapi dapat beli satu blouse yang cute dengan harga RM6 je…

Hari berganti hari, daun calendar gugur helai demi helai… (cheh, saja nak berpuitis kat sini).. aku pun terpaksa balik ke JB. Aku ingatkan, adik sorang je yang nangis bila aku nak balik. Rupanya nenek aku pun nangis… then, Pak Usu pulak asyik suruh aku stay untuk sama-sama sambut kedatangan Tengku Mahkota Johor. Boy pulak, saje je biarkan aku tertinggal beg so that aku kena balik kampung semula. Tulah, time ni baru dia tau sape yang selalu sanggup teman dia gi toilet n dapur time dia takut gelap. Huhu. Mak usu pulak suruh aku tak lupakan kenangan sama-sama masa kat kampung. Hehe, of course tak lupa. Banyak aku share n belajar dengan Mak Usu. Bak kata Mama, kita kena belajar n ambik setiap yang baik dalam diri orang. Aku seronok borak dengan Mak Usu.. coz Mak usu selalu ajak bercerita tentang hati, life, n sama-sama bincang macam mana nak baiki hati ni.

Nampaknya, cuti aku ni memang best. So, nasihat untuk diri sendiri n sape-sape yang nak dengar..

1. Jangan sedih dengan orang yang tak appreciate kita, sebab sebenarnya ramai yang tersentuh dengan keikhlasan kita.
2. Always be positive tak kira kalau kena marah pun, jangan kita jugak nak melenting. Memang tak habislaa.
3. Ceriakan diri dengan ceriakan orang lain.. insyaALLAH hati kita happy tengok orang lain happy.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

kumenz

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home