Ayat-ayat CINTA , Titis-titis CITA

Bukan mudah, mengejar CITA, Apa lagi mengejar CINTA... Namun, aku tak akan berhenti dalam pencarian ini.... insyaALLAH.

Thursday, January 22, 2009

Palestin. Peranan Kita?

Perhimpunan rapat umum Selamatkan Gaza yang berlangsung di Dataran Melawati menyaksikan ramai yang bercucuran air mata saat presiden ISMA mengetuai bacaan doa untuk saudara di Palestin. Sungguh, bait-bait doa itu begitu menusuk ke kalbu. Sungguh, diri ini terasa malu nak meminta-minta dengan ALLAH, apatah lagi membayangkan banyaknya dosa yang pernah dilakukan oleh pemilik tangan yang menadah untuk berdoa ini. Namun, semoga ALLAH memperkenankan kepingan-kepingan hati yang tulus mendoakan saudara seakidah di Palestin. Semoga ALLAH perkenankan jua agar hati dan diri yang penuh dosa ini diberi bantuan dalam jihad menentang hawa nafsu yang tak henti menggoda agar mengikut jejak syaitan laknatullah.

Masyarakat dunia dikejutkan oleh amaran Matan Vilnai (Timbalan Menteri Pertahanan Israel) bahawa penduduk Gaza akan berhadapan dengan ‘Holocaust yang lebih hebat’. Perkataan Holocaust ini hamper tidak pernah digunakan oleh Israel melainkan apabila dikaitkan dengan pembunuhan beramai-ramai masyarakat yahudi Eropah oleh Nazi semasa Perang Dunia kedua. Perkataan ini sebenarnua telah diterima secara universal yang menjadi sinonim dengan kesukaran dan kesengsaraan yang mereka alami walaupun sebenarnya adalah disebabkan oleh kedegilan dan kedurjanaan mereka sendiri.

Matan Vilnai sebenarnya sangat memahami apa yang beliau perkatakan apabila dia mengancam penduduk Gaza dengan ‘Holocaust yang lebih hebat’. Dia bermaksud pembunuhan secara beramai-ramai ke atas penduduk Palestin di Gaza sebagaimana penyembelihan orang-orang yahudi oleh Nazi Jerman atau mungkin lebih hebat daripada itu. ini adalah satu amaran dan ancaman yang sangat merbahaya. Kata-kata mereka ini telah menjelaskan apa yang telah berlaku, yang sedang berlaku, serta apakah yang bakal berlaku seterusnya di Gaza. Ancaman ini ternyata lebih terang daripada maklumat dan berita yang disampaikan oleh mana-mana agensi berita dan pertubuhan antarabangsa.

Kita pasti bahawa bangsa yahudi masih belum dapat melupakan penderaan, penyembelihan, dan pembunuhan beramai-ramai masyarakat yahudi Eropah oleh regim Nazi Jerman. Kini, mereka terus memperingati legasi holocaust secara keagamaan dan terus memperjuangkan hak-hak mangsa holocaust serta keturunannya. Namun, kenapa pula mereka berhasrat untuk mengulangi perkara yang sama atau lebih dahsyat kepada rakyat Palestin yang tidak berdosa?

Sebaik sahaja Matan Vilnai menyampaikan ucapannya yang berbentuk ancaman ini, regim Israel terus menyusun konvoi kereta kebalnya di sekeliling Gaza. Tiada siapa yang tahu secara tepat akan objektif dan kehebatan serangan yang akan dilancarkan tetapi dengan Holocaust sebagai perbandingan, maka malapetaka yang lebih besar dan berpanjangan dijangka akan berlaku di Semenanjung Gaza. Kemungkinan yang berlaku ialah penjajahan semula Gaza, pembunuhan pimpinan masyarakat mereka, dan penderaan terhadap 1.5 juta rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.

Sekarang , semua yang diperkatakan oleh Matan Vilnai terbukti:

18 Disember 2008 - Pemimpin HAMAS mengumumkan tamatnya gencatan senjata. Keesokan harinya bermula serangan rejim Zionis ke atas Gaza.

27 Disember 2008 – Israel melancarkan serangan udara yang membunuh 229 penduduk Gaza.

28 Disember 2008 – Seranagn udara Israel memusnahkan bangunan makmal di Universiti Islam Gaza.

1 Januari 2009 – Serangan bom Israel membunuh pemimpin kanan HAMAS, Nizar Rayan di Jabalia, Gaza.

2 Januari 2009 – Serangan udara ke atas mesjid menyebabkan 11 orang rakyat Palestin syahid.

4 Januari 2009 – Lima orang awam Palestin syahid apabila terkena bedilan meriam Israel. Sehingga kini angka syahid melebihi 524 nyawa, 120 kanak-kanak dan 50 wanita. Jumlah yang tercedera pula melibatkan seramai 2500 orang yang tidak berdosa. Sekatan di pintu sempadan Mesir-Rafah menyebabkan bentuan makanan sukar disalurkan dan menambahkan lagi kepayahan penduduk di sana.

7 Januari 2009 – Jumlah angka syahid bertambah kepada 635 orang dan tercedera seramai 2900 orang. Perkhidmatan ambulan hampir lumpuh disebabkan peningkatan operasi ketenteraan di Gaza. Hospital-hospital telah kehabisan vaksin dan bekalan darah. Sekurang-kurangnya dua buah hospital kehabisan bahan api untuk menghidupkan generator elektrik. Bekalan air bersih juga semakin berkurangan kerana banyak telaga musnah dibedil rejim Zionis.

Bagaimana pula dengan sikap rakyat Malaysia yang rata-rata diberi nikmat keselesaan, keamanan, dan kemewahan dalam kehidupan jika dibandingkan dengan apa yang berlaku di Gaza, Palestin? Bagaimana pula dengan sikap dan sumbangan masyarakat Muslim yang meyakini bahawa isu Gaza ini bukan sekadar isu kemanusiaan semata-mata, bahkan ianya juga adalah isu besar persaudaraan dan keimanan?

Entah kenapa, kita terlalu senang saat tersentuh melihat babak-babak drama ciptaan manusia, namun tak sedikit pun hati terusik melihat kesengsaraan saudara seakidah kita terus ditindas, disiksa, dan dizalimi? Entah kenapa kita mampu terus bergembira tanpa merasakan perlu melakukan apa-apa saat melihat mereka terpaksa menyaksikan kematian teman, ibu, bapa, anak, isteri, dan suami sendiri setiap hari?

Palestin.

Apa yang mampu kita hulurkan sebagai saudara yang sama-sama berpegang dengan kalimah TIADA TUHAN SELAIN ALLAH, NABI MUHAMMAD PESURUH ALLAH? Andainya kita tak mampu untuk menghulurkan banyaknya harta, berkorban jiwa dengan turut berperang berserta mereka, apalah salahnya untuk kita kirimkan doa penuh tulus dan ikhlas agar Palestin kan dimiliki semula? Apalah salahnya untuk kita berjihad memerangi hawa nafsu kita daripada membeli barangan yang memberi sokongan untuk Israel?

Ambillah teladan sang burung kecil yang bersungguh mencurah sedikit air saat Nabi Ibrahim a.s. mahu dibakar oleh Raja Namrud. Biarpun ia tahu akan sedikitnya air yang mampu dicurah, namun dia sedar bahawa dia sudah punya jawapan jika ditanya oleh ALLAH s.w.t tentang usahanya bagi membantu nabi ALLAH Ibrahim a.s.

“Hukum syar’ei yang disarankan syariat Islamiah melalui pelbagai mazhab dalam keadaan sekarang (serangan Zionis ke atas Gaza) adalah wajib ke atas umat Islam bergabung dengan bangsa (rakyat Palestin di Gaza) yang dicerobohi seandainya bangsa tersebut tidak mampu melawan pencerobohan tersebut sendirian. Orang Islam adalah umat yang satu… Islam mewajibkan berperang semata-mata membantu golongan yang lemah”

-Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi-

“Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan ALLAH (untuk menegakkan agama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang tertindas dari kaum lelaki, perempuan, dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: “Wahai TUHAN kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya (kaum kafir Musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihakMU seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMU seorang pemimpin yang membela kami(dari ancaman musuh)”.

~Seandainya mahu menyumbang untuk saudara kita di Palestin, hulurkan sumbangan anda kepada:

Aman Palestin Berhad

Maybank Malaysia Berhad:

562263010787

atau

Bank Islam Malaysia Berhad

12029010047880


~~tarikh sebenar ditulis: 12 Januari 2009

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

kumenz

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home