Ayat-ayat CINTA , Titis-titis CITA

Bukan mudah, mengejar CITA, Apa lagi mengejar CINTA... Namun, aku tak akan berhenti dalam pencarian ini.... insyaALLAH.

Thursday, January 22, 2009

Sepupu, Sepapat, Buku, Ketupat

Hello blog,

Maafkan aku kiranya aku agak mengabaikan kamu.. Sememangnya aku belum mampu menjadi seorang blogger yang baik lagi, meskipun antara impianku ialah menyampaikan sesuatu melalui penulisanku. Ya, kerana aku ialah diri yang tak hentiberfikir tentang apa yang terjadi, sebab, dan akibatnya. Aku punya teramat banyak cerita ceriti untuk dikongsi, hanya saja aku harus memikirkan cara terbaik untuk menapis tiap kisah agar tidak menghebah walau sedikit pun keaiban insan. Pun begitu, kiranya ada sesekali aku tersasar, harap2 ada yang sudi beri teguran… Dan, maafkan aku kiranya selepas ini studyku lebih memerlukan tumpuan aku kerana aku tahu, tugas dan cabaran selepas ini jauh lebih berat. Tapi, jangan risau.. kerana barangkali aku akan titipkan sedikit entri buat kamu di setiap hujung sem. Ataupun, setiap kali aku rasa punya idea untuk dikongsi, aku akan menulis walau sedikit untuk kamu.

Ok, jom masuk tentang sepupu sepapat, buku, dan ketupat…

Cuti ni memang banyak masa aku dihabiskan bersama sepupu dan buku. Ketupat?? Alaa, tu setakat penyedap nama tajuk. Tambah2 pulak, masa aku menulis ni ialah masa Raya Haji, nenekku dah berhempas pulas menganyam ketupat tanpa dibantu oleh aku.. (jangan risau, aku ada buat kerja lain)

Awal-awal cuti je aku dah bercuti dengan sepupu aku yang baru habis diploma di UITM Machang. Seronok sangat aku dapat jumpa dia, sebab sememangnya aku dah lama tak bersua muka dengan dia. Maklumlah, belajar jauh nun di sana.. Kelantan, jauh tuuuu….. Masa mula-mula Nampak Kak Yana setelah lama kitorang tak jumpa, terdetik di hati.. ‘makin cutela cousin aku sorang ni.. mesti best dah habis exam..’ Rupa-rupanya, di sebalik wajah yang tampak cute tu, terselit kisah sedih yang dia alami. Oleh sebab tu, aku beria ajak mama bawa Kak Yana berjalan-jalan untuk ubat hati yang sedang sedih tu.. sebab aku pernah alami kisah yang hampir sama, tapi tak serupa. Aku tau, betapa pedihnya hati dia saat tu. Petang tu, kami buat window shopping je kat Angsana. Bagi aku, yang penting, bawa dia berjalan, ajak dia borak, supaya mind dia tak melayang-layang ingat benda yang memedihkan hati. Syukur, Kak Yana agak ceria sepanjang di Angsana… sehabis kitorang makan dan berjalan di Angsana, kitorang pun balik ke rumah. Dalam perjalanan pulang ke rumah, tiba-tiba mama mencadangkan untuk kitrorang berjalan-jalan di Danga Bay malam nanti.. ‘Ish, mimpi apela mama ni.. selalu, kalau aku ajak pergi jalan malam-malam, mesti mama taknak… Maybe mama pun kesian dengan Kak Yana n nak happykan dia..’

Seronok sangat jalan malam tu dengan mama n Kak Yana. Tambah-tambah pulak bila ada sorang kawan Kak Yana yang join kami malam tu. Yang paling best tu, bila dia secara sukarela nak belanja kami.. Nampaknya tak sia-sia aku try untuk mintak dia belanja. Ish3, jahatnya aku.. nak buat macam mana, aku dah haus sangat. Lagipun bukannya aku selalu jumpa dia pun (dah ni memang first time jumpa).

Malam itu, banyak benda yang aku dan Kak Yana kongsi bersama. Aku merasakan yang aku dapat mengenali Kak Yana dengan lebih dekat lagi masa tu. Dalam aku mendengar kisahnya, aku amat berharap agar dia terus tabah dan dapat secepatnya melupakan kisah sedih itu. Boleh dikatakan setiap malam adalah sessi untuk kami berkongsi kisah. Yang paling best tu, bila kitorang bercerita sambil menghirup angin malam di playground depan rumah. Sesekali aku teringat saat Abah menemani kami yang masih kecil dan riang bermain bersama dengan Nisa dan Alia. Ya, masa kecilku adalah masa yang sangat indah untuk dikenang… Tapi yang tak bestnya tu bila tengah syok-syok kitorang berborak tu, tiba-tiba kitorang dikejutkan oleh satu suara,

“Adik-adik, sebenarnya time macam ni tak boleh duduk kat taman ni lagi sebab takut kalau ada apa-apa kejadian nanti, adik-adik yang kena tuduh.”

Rupa-rupanya tu suara pakcik guard… Apalagi, kitorang pun terpaksa bergerak balik ke rumah.

Danga Bay

Mama n Kak Yana

Hari seterusnya, kitorang pun bergerak balik ke kampung…. Fuuh, bahagia sungguh akhirnya bila aku sampai di kampung. Awal-awal lagi dah terdengar riuh-rendah suara Adik dan Boy yang menjerit memanggil namaku.

Sesampainya di kampung, aku pun cepat-cepat cari Nisa (adik Kak Yana) untuk bagi hadiah birthday yang dah lama dituntut. Silap aku jugak, sebab aku betul-betul lupa nak wish birthday dia. Sudahnya, dia sibuk call aku untuk ingatkan yang haritu birthday dia. Mengimbau balik masa tu, aku pun berialah hantar mesej kat semua makcik untuk inform yang haritu birthday dia. Rupa-rupanyalah cousin aku yang sorang ni dah awal-awal gi promote kat cousin aku yang lain.

Dipendekkan cerita, (sebab Nisa tak bagi aku menulis panjang-panjang. Aku try nak pendekkan ceritalah ni) aku dan Mama pergi ke Muar untuk menghadiri majlis kahwin housemate kami yang lama. Aku memang sangat-sangat rapat dengan dia. Bayangkan je, dia pun dah tau siapa orang yang aku suka sangat-sangat masa sekolah rendah dulu(haha, sekarang dah takde makna apa-apa). Memandangkan kami dah ada kat Muar, makcik aku (a.k.a. Makli) sibuk mengajak kami berdua singgah di rumahnya di Melaka.

Makli ada empat orang anak. Kat rumah, aku selalu bersama Huda, anak last Makli. Masa tu, Syima sedang sibuk hadapi peperiksaan SPM, manakala Abang E berada di KL. Afiq pulak, selalu ada dalam bilik, namun sesekali kami berjumpa, kami akanberbual panjang. Hmm, Afiq ni sebaya dengan aku dan dialah cousin yang sangatrapat dengan aku masa kecik-kecik dulu. Boleh dikatakan di mana ada aku, di situ ada Afiq. Huda ni pecinta kucing. Buat masa sekarang ni, seorang budak kecik yang bernama Huda tu dah bela 14 ekor kucing. 14 ekor tu, tak masuk lagi dengan kucing-kucing dia yang dah tamat riwayat. Dari dulu sampai sekarang, antara hobi yang tak dapat aku buang ialah mengusik dan menyakat budak-budak. Hehe.. Dalam aku rajin melayan diorang tu, sebenarnya aku ni sangat suka buat diorang hampir menangis. Tapi selalunya, aku akan pujuk sebelum diorang sempat menangis. Hm, kalau yang dah nangis tu, tak dapekla den nak nolong… Ada satu hari tu, Huda boleh cakap dengan aku,

“Kak Ila, Huda ingat lagi Kak Ila pernah cakap Huda ni anak angkat.. Lepastu Kak Ila cakap, nama Huda ni sebenarnya Rokiah..”

Aku pun tak sangka, Huda boleh ingat usikan aku suatu ketika dulu. Masa tu, bersungguh-sungguh dia mengadu kat mak dia sambil menangis. Disebabkan dia yang sibuk ingatkan aku, sampai hari ni kadang-kadang aku panggil dia ‘Rock’.

Akhirnya, hari yang dinantikan oleh Syima telah tiba….. Syima dah habis exam.. Merdeka..!! Aku disuruh oleh Makli untuk ikut Pakdon dan Huda ambil Syima di asramanya. Nampaknya, tak rugi pun aku ikut ambil Syima, sebab aku dibawa berjalan-jalan di sekitar Bandar Hilir, Melaka. Macam-macam benda baru dan menarik yang aku dapat tengok. (Cheh, macam buat karangan pengalaman saya sewaktu cuti sekolah). Destinasi terakhir ialah di Mahkota Parade. (Nilah tempat aku selalu fly masa kat MRSM Jasin dulu) Di MP, kitorang singgah makan di Pizza Hut. Syima yang pilih MP ni, sebab dia nak jumpa sorang kawan. Yang aku tak puas hati tu, dia tak bawak kawan dia tu jumpa aku. Tapi takpelah, salam insan bergelar Basam atau Encik Sebelas pun telah kusambut.

Beberapa hari selepas tu, aku, mama, Syima, dan Huda pulang bersama ke kampung. Sebelum tu, kitorang singgah di Jusco untuk belikan sedikit buah tangan untuk dibawa ke kampung.

Melayan Huda a.k.a Rock

'Hmm..bila ar pizza ni nak sampai??'

Sebelum bertolak balik ke kampung

Aku kemudiannya mengajak Syima untuk menemani aku ke Johor Bahru bagi menyelesaikan beberapa urusan di UTM dan di rumah. Syima memang seorang yang peramah dan mesra alam. Jadi, itu membuatkan aku benar-benar selesa untuk bawa dia ke mana sahaja. Tak perlu masa yang lama, sekejap je dia dah mula ngam dengan teman yang membawa kami ke Johor Bahru. Saiz kasut yang baru dibeli oleh Syima pun dipilih oleh temanku itu.

Sewaktu di rumah di JB, aku terpandang buku La Tahzan yang memang dah lama aku rasa nak sambung baca. Lalu setelah Syima tidur, aku mengambil masa untuk menyambung bacaanku. Membaca buku tu bagai memujuk-mujuk hatiku yang sedang menanggung pelbagai bentuk ujian. Aku benar-benar tak mahu lagi dikuasai oleh ujian, sebaliknya akulah yang harus mengatasi segala ujian. Dalam buku La Tahzan ini, aku temukan ayat-ayat penyejuk jiwa. Buku ini seakan mengembalikan keyakinan aku yang kian luntur sewaktu aku dihimpit rasa susah, resah, dan gelisah.

Setelah menyelesaikan urusan di JB, aku dan Syima pulang ke kampung dengan menaiki bas. Sebelum tu, kami dibawa oleh temanku itu ke Angsana dan dia membekalkan kami dengan sekotak donut daripada Dunkin Donut.

Setibanya aku di kampung, aku disambut olah satu pertanyaan daripada Boy,

“Kak Ila, mana keropok?”

Alamak, baru aku teringat yang aku dah janji untuk belikan Boy keropok.. (sebab masa tu Huda n Adik tengah nakal) Malangnya, aku betul-betul terlupa untuk belikan dia keropok.

Hari berikutnya, kami semua sibuk membuat persiapan menyambut Aidiladha. Pagi itu, aku menemani Syima ke cyber cafe untuk melengkapkan borang UPU. Sebelum pulang, aku sempat membelikan keropok untuk Faiz a.k.a. Boy, Huda, dan Adik. Fuuh, lega… janji tertunai.

Malam aidiladha itu, kami berkumpul sesama sepupu. Entahlah, rasanya rumah ni tak pernah sunyi dengan suara-suara kami. Bak kata Alia, “Cucu-cucu Nyai ni takde yang pendiam..” Cerita pasal Alia (a.k.a. Along) ni buat aku rindu pulak kat dia dan gelak ketawa besar dia tu. Tapi, dia tak ada sebab sibuk menjaga nenek di Kluang. Takpelah, Selamat Aidiladha Along..!!

Tiba-tiba, aku terdengar suara Adik,

“Kak Ila ni tak adil.. Kak Ila sayang Kak Nisa je. Kak Ila tak sayang Adik.”

Nak buat macam mana, aku memang rapat dengan Nisa pun. Tapi, for sure la tak akan lupakan Adik. Haish, budak-budak ni macam-macamla kat fikiran diorang. Yang paling aku tak boleh tahan, Adik pernah cakap dia jealous kalau aku ada anak nanti. So, dia tak bagi aku kahwin. Sedih betul, dahlah aku ni memang teringin nak ada anak sendiri yang comel-comel..

Sebelum tidur pulak, aku sempat berkongsi cerita dengan Kak Dira. Aku sampaikan satu berita gembira setelah satu peristiwa ngeri dan sangat pahit hadir dalam hidupku. Sejak hari raya aidiilfitri lagi, baru aku sedar betapa kak dira ni memang sayangkan aku. Thanks kak Dira…!!!

Bila Aidiladha menjelma, aku diarahkan oleh Nyai dan mama untuk menemani Abang Apis menghantar makanan ke rumah jiran-jiran. Di dalam kereta, kami sempat berborak tentang pelajaran dan perihal bakal isterinya. Abang apis bakal melangsungkan perkahwinan 21 Disember ni.. (sama dengan hari Mawi kahwin). Sepanjang hari raya, Abang Han dan Kak Lela dah habiskan menonton banyak movie di laptopku. Masa berganti masa, semua dah pulang ke rumah masing-masing.

Malam itu, Nisa datang ke rumah Nyai dan kami menghabiskan masa bersama. Mulanya kitorang sibuk bermain game, tapi drama tv yang best seakan memanggil-manggil kitorang. So, game over, On TV… Tapi sayang, cerita sedih pun jadi tak sedih sebab kitorang asyik bergaduh n bergurau sesama sendiri je.

~~Sengaja aku coretkan entri ini kerana aku kian mensyukuri nikmat keluarga yang dianugerahkan Illahi. Aku betul-betul sayangkan semua cousin aku. Thanks banyak kat korang yang selalu menceriakanku……

~~Pun begitu, aku tak pernah lupa cousin yang namanya tak tertulis dalam ni. Aku ingat lagi Kakcik yang pernah bagi kad birthday yang penuh dengan kata-kata semangat, dan ramai lagi cousin lain…

cima,najlaa,k.Yana,k.Dira,along

najlaa n kak Nina

kakCik n kak Nina

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

kumenz

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home