Ayat-ayat CINTA , Titis-titis CITA

Bukan mudah, mengejar CITA, Apa lagi mengejar CINTA... Namun, aku tak akan berhenti dalam pencarian ini.... insyaALLAH.

Wednesday, March 18, 2009

Aku dan Toilet K9

Dua malam lepas, aku 'terpaksa' online sebab nak kena post discussion untuk subject Data Structure... Memandangkan kawan-kawan lain pun nak gi wireless kat faculty, so aku pun join ar diorang.. Dah lama gak x keluar dengan diorang. Ye ar, kelas aku dah tak sama dengan diorang...

Ok ar, wireless, post discussion, n melencong ke facebook n ym skejap. Then, bila semua dah decide nak balik, kitorang pn gerak balik.. Pastu, andy suggest untuk pergi minum kat K9. Serious, aku tak pernah lagi makan kat situ sebab aku kan takde transport. So, terpaksa ar jadi jumud sket.. Huhu.. Terpaksa tau, bukan sebab aku ni memang jumud... Hee..

Dipendekkan cerita, kitorang pun duduk ar kat satu meja yang agak terpencil dari meja orang lain. Konon nak privacy ar.(Nasib baik terpencil, kalau tak, sure cerita yang memalukan tu akan lebih memalukan aku!) Apa pun, kitorang memang dah mengganggu port baik satu couple ni nak date. Hehehe, sorry banyak-banyak.. Saje je duduk sini..

Masa diorang order air, tiba-toba aku rasa macam nak gi toilet. So, aku yang tak pernah jejak kaki kat sini ni, tanya Chik,

"Toilet kat mane?"

Chik pun jawab, "Sebelah kanan tu ada toilet..."

Aku ni pun terus je jalan dengan penuh confident ke arah toilet tu. Entah kenapa, aku terasa macam tak sedap hati... Kenapa eh?? Tiba-tiba, masa aku baru je nak bukak pintu toilet, aku terdengar suara dua lelaki kat luar.. Eh, apasal diorang masuk toilet ni? Saja nak kenakan aku ke??? Aku dah rasa nak nangis ni... Takkan nak lama-lama dalam toilet ni?? Kenapa ada lelaki???? Macam-macam benda mixed up dalam kepala. Pastu, dengan kredit yang tinggal berapa sen je, aku mesej Nurul..

'Nurul, ada lelaki ar kat luar ni.. Please datang sini cepatt....'

Tapi, no respond....(sebab nurul tinggal phone atas meja)

Bila aku dengar macam dah tak ada suara, aku pun bukak sikit pintu untuk make sure dah takde sapa-sapa pun kat luar. So, dengan pantasnya aku keluar n terus menuju ke meja kawan-kawan aku.

Bila aku start cerita je kat diorang, terus diorang jerit

"Betulke ko pergi kat toilet tu?? Weyh tu toilet lelaki ar!!!"

Rupanya Chik just tau kat situ ada toilet. tapi x tau kalau tu toilet lelaki.. Adeh..!! Bengang gila aku!! Patut ar masa aku keluar tu, aku dengar suara mamat-mamat tu gelak. Aku rasa, nilah first and last time aku minum kat sini.

Labels:

Monday, March 9, 2009

Rindu Yang Buat Hati Merana??

Juz receive a message from my mama,

“Tiada yang dapat mengusir kecintaan pada kesenangan duniawi kecuali rasa takut kepada ALLAH yang menggetarkan hati atau rindu yang membuat hati merana.”


Mama ni macam tau-tau je apa yang aku rasa n fikir lately. Entah kenapa aku rasa macam asyik rindu je. Aku rindu sangat kat ALLAH. Tapi kenapa hati ni macam serba tak kena? Aku rasa rindu, tapi aku takut cinta aku tak terbalas. Ni ke maksudnya rindu yang buat hati merana? Sebab ada lagi sisa-sisa mazmumah mungkin? TUHAN, aku harap sangat ni betul-betul rasa rindu yang buat hati merana. Dan kalau betul, bantulah aku singkir semua mazmumah. Bantulah aku lupakan semua yang patut aku lupakan. Bantulah aku hentikan semua yang KAU tak redha. Bantulah aku, wahai sebaik-baik PEMBANTU. Aamiin.

Labels:

Buat Dulu!

Satu kisah tentang Hassan al-Basri....

Ada seorang hamba yang bertemu dengan Hassan al-Basri.. Hamba tu mengadu pada Hassan al-Basri tentang tuannya, dan meminta Hassan al-Basri supaya menyeru kepada orang ramai agar membebaskan para hamba.

Hari demi hari, minggu demi minggu berlalu. Namun Hassan al-Basri masih tak menyentuh sedikit pun tentang isu perhambaan tu dalam khutbahnya. Tunggu punya tunggu, akhirnya pada minggu keempat tu, barulah Hassan al-Basri menceritakan tentang ganjaran membebaskan hamba. Akhirnya, hamba yang pernah mengadu itu pun turut dibebaskan oleh tuannya. Maka happy yang amatlah hamba itu...

Lalu, hamba tu pun pergi berjumpa dengan Hassan al-Basri untuk ucapkan terima kasih. Pun begitu hamba tu bertanya pada Hassan al-Basri, kenapa tak terus je cakap masa khutbah pertama tu? Nak tau tak apa kisah di sebalik lambatnya Hassan al-Basri bertindak dalam menyampaikan perkara tu?

Rupa-rupanya Hassan al-Basri ni tak ada hamba. So, dia kata, macam mana nak suruh orang bebaskan hamba kalau dia yang menyampaikan tu tak tau macam mana besarnya pengorbanan membebaskan hamba tu? Lalu, bila dah cukup duit, Hassan al-Basri pun membeli hamba dan terus membebaskan hamba tu. Setelah selesaikan benda tu, barulah aduan hamba tersebut dapat diselesaikan....

~So, untuk diri aku sendiri dan siapa-siapa yang rasa nak baca entry ni, sebelum menyampaikan tu, buatlah dulu.... Susah tu memang susah. Aku faham sangat, tapi sama-samalah kita terus berdoa agar ALLAH bantu kita hentikan setiap dosa kecik dan besar,apa pun noda dan mazmumah. Aamiin.

Labels:

Saladin's Spirit

Hmm, aku baru je balik dari jaulah ke Melaka. Besh, memang besh.. N paling2 besh bila dapat berkumpul dengan hati-hati yang sematlamat dengan kita. Alhamdulillah..... Semoga dengan berkat hari ulangtahun kelahiran Rasulullah tercinta ni, semangat dakwah Baginda pun terus meresap ke dalam hati-hati kami. Dan paling penting, moga istiqamahlah kami di atas jalan ini. Semoga aku tak lagi tertipu dengan cinta dan keseronokan dunia yang cuma nampak indah pada zahirnya. Aamiin.

Sepanjang perjalanan tu, aku pun ambik kesempatan untuk habiskan baca buku Salahuddin Ayubi. Dah lama dah aku nak beli buku ni, tapi memandangkan budget tak berapa cukup masa tu, aku pun asyik tak jadi beli. Syukurlah Farehah ada buku tu...:) Syukur banyak-banyak.. Bukanke setiap apa yang jadi tu dengan keizinan ALLAH?

Di samping baca buku tu, bersama-sama dengan penggerak-penggerak Pembina ni, n berkongsi dengan experience daripada kakak-kakak Pembina Melaka, betul-betul buat aku rasa besarnya tanggungjawab yang terpikul atas bahu aku ni. Ya ALLAH, semoga dengan niat yang satu iaitu semata-mata kerana ENGKAU, maka bantulah hati-hati ini agar terus tetap berada atas jalanMU. Semoga usaha yang setitis ni adalah sebagai penyumbang untuk kembalinya kegemilangan ISLAM, insyaALLAH..

~Something to be share..

**Kita mesti selalu hadirkan perasaan based on hadith yang berbunyi menuntut ilmu menjadi satu fardhu. So, baru kita akan selalu bersemangat untuk study betul-betul. Bukanke orang yang menuntut ilmu tu dikira sebagai mujahid jugak? Paling penting untuk buat orang nak ikut dakwah kita, pencapaian study juga mesti super excellent! Sebab, orang sekarang mendengar dengan mata dulu, baru telinga...

**Kata seorang ulama',
Lemahnya kita kerana salah mulakan langkah..

So, selalulah betulkan niat kita balik, n ingatkan diri kita yang semuanya mesti based on niat kerana ALLAH Yang Satu. So, kalau ada yang rasa nak join dakwah ni semata-mata sebab nak pasangan yang soleh solehah,nak nama yang dijulang tinggi melangit, betulkanlah semua tu balik..

Sekian saja bebelan tangan untuk hari ni. Tak kisahlah orang nak cakap apa, yang panting setiap yang ada mesti dijadikan medium mencapai cita-cita tertinggi. So, blog ni adalah salah satu medium, insyaALLAH...:)



Study jangan x study, Dah boleh study sampai bengkak mata tu, tahajjudla sekali k...

Labels:

Friday, March 6, 2009

The Prophet's Birthday...:)

Esok nak gi Melaka dengan sume beloved usrahm8... Nak celebrate MaulidurRasul kat sane dgn kakak2 kt Melaka pulak.. Huhuu, besh2.. Tak saba, nak naik keta tgk2 jalan + tetido + borak2 + tetido lagi + sggah makan.... hehehe..

Tapi, semoga semua pengisian kat sana akan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin. N semoga ukhwah yang ada semakin erat. Semoga perjalanan kali ni pun tak sia-sia n mendekatkan aku lagi kepada cintaNYA dan RasulNYA.. aamiin..

...Melaka, We'll be there....:)

...Orang jb yang konon2 tak pernah nampak Melaka

..Apa yang paling penting, semoga ruh perjuangan itu benar2 meresap ke hati aku yang penuh titik2 hitam ni


Labels:

Tuesday, March 3, 2009

Sassy Girl

Baru-baru ni aku dah melekat dengan satu habit baru. Tak taula nak kata habit tu bagus ke tak. Habit tu ialah, mesti layan apa-apa cerita sambil study untuk hilangkan ngantuk. Hehehe... Aku rasa ok je habit ni, sebab kalau tak layan cerita n study je aku mesti ngantuk n end up dengan tidur + mimpi yang ntahapeape je. Tapi, bila over tu yang tak boleh.. Nanti, aku just hafal skrip cerita ar kan...

So, cerita yang aku tengah tengok sekarang ni ialah Sassy Girl. Aku tau, cerita ni dah lama ada... Tapi aku tak pernah dapat tengok betul-betul n semua episod.. Ye ar, kat MRSM dulu ada certain masa je bilik TV tu bukak. Lagipun, biasanya aku lagi suka jogging or main tennis (tak terror langsung, tapi suka main)daripada habiskan masa duduk kat bilik TV tiap-tiap petang tu.....

Aku suka sangat dengan character Chun Hyang (heroin cerita ni). Dia ni membesar dengan mak je, tapi dia matured sangat n ada target sendiri dalam hidup. Dalam masa orang sebaya dia sibuk belajar je, dia kena cari duit to make for living.. Hmm, macam aku je.. Chewahh.. Tapi dia ni memang cun sangatlaa... Jauh je dengan aku yang takde langsung darah korea ni.. Hehe..

Chun Hyang ni kan tak dapat sambung study macam kawan-kawan dia yang lain sebab tak cukup duit. Padahal dia ni selalu jadi best student masa kat sekolah dulu... N kawan-kawan dia yang tak pernah dapat beat dia dulu, semua dapat further kat Hangook University. Tapi dia tak give up n takde nak blame sape-sape pun...

Yup2..thats y aku sukaaaa sangat dengan cerita korea. Tak payah nak cerita bulat-bulatkan mata nak tunjuk jahat, tak payah nak ada scene jerit-jerit ke, asyik kena belasah ala-ala cinderella ke.. Sebab realitinya, jahat tu cukup dari hati je.. So, doalah banyak-banyak so that kita dijauhkan daripada semua penyakit hati (dengki, overjealous, sombong, bla2......)

N also cerita macam ni ringan untuk kepala, tapi sesekali bole buat kita nangis... especially bila jalan cerita tu macam sama je dengan kisah kita. Tapi, cerita macamni pun boleh motivate kita untuk selalu happy, ceria, tabah, n terus kejar cita-cita kita no matter what...:)

~~epPy endinG~~

Labels:

Be strong girl...:)

Its been almost 2 days that I've stopped myself of being a fool. Haha.. It's hurt actually, but now I really dun wanna get influenced by all of those stupidity from a stupid thought. I wont let it tearing me down again.... No more.. I hate 2 not 2 b happy as I always do. Yup, again, HE is d only one who hears everything i hold so long. ALLAH, I LOVE U SOO MUCH. U're the one who never hesitate 2 hear me... Please GOD, let me be strong. As I want to live this life with no regrets n no pain anymore.


Please let me juz cry in front of u, n not in front of others. n not to have anyone sympathy. Cuz i know, that i have U by my side... Now, n always....:)

Labels:

Jalan-jalan, Safiyyah Zahra, Wedding, Aku..?

Time aku tulis ni aku dah nak tidur sebenarnya. Haha. Tapi hati ni tiba-tiba rasa macam nak menaip sikit..

Pagi ni dimulai dengan aku yang tak berapa semangat nak pergi jawab test Network. Bila sampai je kat KPU 2, aku yang Nampak banyak-banyak selipar n kasut kat situ, terus je masuk ke lab tu tanpa fikir panjang. Yang aku tau, aku dah tak sabar nak habiskan jawab test tu. tapi, bila tengok je paper tu, aku dah rasa betul2 nak nangis, sebab macam tak pernah kenal sepatah benda pun. Eh, taula aku ni bukan rajin sangat study. Tapi at least aku dah study every chapter yang masuk tau. Selalunya aku memang pakar bab-bab penuhkan paper dengan apa-apa je yang ada kat kepala aku. Haa, macamtulah yang aku buat masa jawab dua paper yang aku tak yakin langsung boleh dapat A-Sejarah n P.Islam masa SPM dulu. Aku tak habis baca langsung dua buku tu. Esh3.....

Lepas tu, aku kena cepat-cepat balik sebab mama dah janji nak ambik aku n chik ikut gi wedding kak aiza. Ingatkan aku sorang je bawak geng, rupanya mama pun bawak cik ogy n cik shida sekali, n tak lupa juga si kecik comel adik Safiyyah Zahra. Nilah first time aku jumpa budak comel ni. Ya ALLAH, dahlah comel, peramah, tak takut orang, n nampak bijak sangat. Baru je umur dua tahun tau. Bibir dia, tak lekang dengan senyum tau. Tak macam certain orang yang suka buat muka boleh sangkut baju. Hehehe. Gurau je, jangan marah. Tak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun tak bernyawa lagi. Pulaktu aktif semacam je budak ni. Penat jugak aku. Chik, n mama layan dia. Huii, memang tangan aku pun terpaksa bergerak aktif untuk make sure dia tak jatuh tersembam ke depan . paling besh tu bila tiba-tiba je dia kiss pipi aku...;) lepastu, si kecik ni asyik membebel je padahal kitorang pun tak faham apa dia cakap. Hahaha. Punyalah kepoh dia ni, sampai terlupa yang dia tu belum terror cakap lagi.....



Akhirnyaaa, kitorang pun sampai kat rumah kak aiza. Tempat pertama yang dituju mestilah tempat makanan terhidang. Yelah, perut kitorang ni dah asyik nyanyi lagu jiwang sedih lemah longlai je dari tadi sebab mintak diisi. Dah habis makan nasi beriani tu, kitorang makan pulak laksa johor. Aku tak heran sangat laksa johor ni, sebab aku kan gadisss johor..:) tapi, aku kenalah share makan laksa ni dengan roommate aku sorang yang merupakan mek kelate.. (lawa tau cik mek ni...)

Selesai makan, macam biasalah kitorang pun bersalam-salaman dengan kak aiza yang dah jadi isteri orang. Errkk, macam tak percaya je. Baru beberapa minggu lepas, kitorang hang out sama-sama sebagai gadis single lagi ayu (ayu tu tambah-tambah je). Masa tu aku sempat gak mengecek makanan yang ada kat meja makan beradab.

Dah habis bergambar n dapat banyaak sangat makanan daripada Kak Aiza n family, (diorang suruh share dengan kawan-kawan UTM) kitorang pun terus bergerak balik.... Dalam kereta tu, aku kena layan lagi si Safiyyah ni. Tapi, apasal macam dah lemah je dia ni? Senyap je? Rasanya tadi dah tambah minyak kan?? Yelah, makanan Melayu kan banyak minyak.. Oooo, rupanya dia dah ngantukk... Akhirnya dia pun tertidur dengan bestnya kat riba chik. sempat jugak aku ambik gamba chik yang begitu nampak motherly masa tu..;) yang aku tak tahan tu, before dia tidur tu, dia sempat lagi hadiahkan senyum manis + comel dia tu kat aku. Nasib baik dia bagi aku kenangan best before nak berpisah dengan dia... sob3...

Masa Safiyyah tidur tu, tiba-tiba mama cakap,

“Nak tau macam mana Najlaa masa kecik dulu, tengok dia ni lah.....”

“Eh?” aku tak faham separa buat-buat tak faham.

“Yelah, masa kecik-kecik dulu najlaa pun tak suka nangis n tak takut orang. Sebab tu ramai orang suka najlaa n selalu bawak najlaa jalan-jalan. Orang tak kisah bawak najlaa pergi mana-mana sebab najlaa cepat mesra.”


Oooo. Tu rupanya maksud mama. Tapi kalau aku ingat masa kecik-kecik memang best n terasa macam aku ni budak pandai. Rasa macam famous n disayangi semua je. Orang selalu tanya mama apa yang mama buat masa pregnant dulu, baca surah apa.... Lepastu, masa kecik aku start lancar baca masa umur dua tahun.. haa, dahsyat tak? Patutnya aku ni dah jadi anak angkat professor dr ungku aziz. Hehe. Takdelah, benda tu tak pelik pun kalau kat negara lain. lepastu, kalau pergi klinik pun, aku boleh selamba je masuk sendiri n berborak mesra dengan doctor. Masa kecik-kecik dulu memang aku teringin nak jadi doctor pun. Tapi, esh3.. niat murni tu terpaksa aku lupakan terus demi ibu tercinta... takpelah, sekarang ni jadi doctor komputerlaa..;)

Persoalan yang timbul adalah, kenapa dulu aku nampak sangat matured n tak mudah menyerah kalah? Kenapa najlaa yang dah makin besar ni kadang-kadang macam cepat mengaku kalah? Mana pergi najlaa yang satu masa dulu selalu dikagumi orang? Kenapa najlaa kadang-kadang macam nak menenggelamkan diri sendiri? Yup, apart of hati ni cakap, maybe dulu dan sekarang berbeza. Dulu mungkin aku selalu nak jadi yang terbaik sebab ada tempat untuk aku tunjukkan kejayaan tu. Tapi, apa erti kejayaan bila ia tak mampu mengundang senyum insan tersayang?

Nampaknya, suatu anjakan paradigma perlu dilakukan. Aku mesti jadi lebih positif. Bukankah TUHAN bagi ujian sesuai dengan kemampuan dan kekuatan seseorang tu? Yelah, kalaulah aku ni lemah n cepat rasa benda kecik tu sedih, mestilah DIA tak hadirkan benda-benda macamni. Kalau betullah aku pernah jadi najlaa yang bijak dan cemerlang, tak mustahil aku akan jadi jauh lebih gemilang dan terbilang pulak nanti. Yup, untuk diri aku sendiri, kembalikan najlaa yang ceria, cemerlang, bersemangat, n selalu bagi yang terbaik. Sebelum tidur harusnya aku memaafkan n melupakan semua yang pahit n mengganggu jalan aku menuju kejayaan. Pagi esok mesti bermula dengan senyuman , ketenangan, dan harapan, jua pelaksanaan... SELAMAT DATANG HARI-HARI YANG BAHAGIA WALAU APA JUA DATANG MELANDA....:)



(faham tak bahasa ni? Kalau tak faham please refer kepada orang yang lebih arif-iaitu aku)
1. mengecek = mintak sikitlaa

Labels: