Ayat-ayat CINTA , Titis-titis CITA

Bukan mudah, mengejar CITA, Apa lagi mengejar CINTA... Namun, aku tak akan berhenti dalam pencarian ini.... insyaALLAH.

Tuesday, March 3, 2009

Jalan-jalan, Safiyyah Zahra, Wedding, Aku..?

Time aku tulis ni aku dah nak tidur sebenarnya. Haha. Tapi hati ni tiba-tiba rasa macam nak menaip sikit..

Pagi ni dimulai dengan aku yang tak berapa semangat nak pergi jawab test Network. Bila sampai je kat KPU 2, aku yang Nampak banyak-banyak selipar n kasut kat situ, terus je masuk ke lab tu tanpa fikir panjang. Yang aku tau, aku dah tak sabar nak habiskan jawab test tu. tapi, bila tengok je paper tu, aku dah rasa betul2 nak nangis, sebab macam tak pernah kenal sepatah benda pun. Eh, taula aku ni bukan rajin sangat study. Tapi at least aku dah study every chapter yang masuk tau. Selalunya aku memang pakar bab-bab penuhkan paper dengan apa-apa je yang ada kat kepala aku. Haa, macamtulah yang aku buat masa jawab dua paper yang aku tak yakin langsung boleh dapat A-Sejarah n P.Islam masa SPM dulu. Aku tak habis baca langsung dua buku tu. Esh3.....

Lepas tu, aku kena cepat-cepat balik sebab mama dah janji nak ambik aku n chik ikut gi wedding kak aiza. Ingatkan aku sorang je bawak geng, rupanya mama pun bawak cik ogy n cik shida sekali, n tak lupa juga si kecik comel adik Safiyyah Zahra. Nilah first time aku jumpa budak comel ni. Ya ALLAH, dahlah comel, peramah, tak takut orang, n nampak bijak sangat. Baru je umur dua tahun tau. Bibir dia, tak lekang dengan senyum tau. Tak macam certain orang yang suka buat muka boleh sangkut baju. Hehehe. Gurau je, jangan marah. Tak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun tak bernyawa lagi. Pulaktu aktif semacam je budak ni. Penat jugak aku. Chik, n mama layan dia. Huii, memang tangan aku pun terpaksa bergerak aktif untuk make sure dia tak jatuh tersembam ke depan . paling besh tu bila tiba-tiba je dia kiss pipi aku...;) lepastu, si kecik ni asyik membebel je padahal kitorang pun tak faham apa dia cakap. Hahaha. Punyalah kepoh dia ni, sampai terlupa yang dia tu belum terror cakap lagi.....



Akhirnyaaa, kitorang pun sampai kat rumah kak aiza. Tempat pertama yang dituju mestilah tempat makanan terhidang. Yelah, perut kitorang ni dah asyik nyanyi lagu jiwang sedih lemah longlai je dari tadi sebab mintak diisi. Dah habis makan nasi beriani tu, kitorang makan pulak laksa johor. Aku tak heran sangat laksa johor ni, sebab aku kan gadisss johor..:) tapi, aku kenalah share makan laksa ni dengan roommate aku sorang yang merupakan mek kelate.. (lawa tau cik mek ni...)

Selesai makan, macam biasalah kitorang pun bersalam-salaman dengan kak aiza yang dah jadi isteri orang. Errkk, macam tak percaya je. Baru beberapa minggu lepas, kitorang hang out sama-sama sebagai gadis single lagi ayu (ayu tu tambah-tambah je). Masa tu aku sempat gak mengecek makanan yang ada kat meja makan beradab.

Dah habis bergambar n dapat banyaak sangat makanan daripada Kak Aiza n family, (diorang suruh share dengan kawan-kawan UTM) kitorang pun terus bergerak balik.... Dalam kereta tu, aku kena layan lagi si Safiyyah ni. Tapi, apasal macam dah lemah je dia ni? Senyap je? Rasanya tadi dah tambah minyak kan?? Yelah, makanan Melayu kan banyak minyak.. Oooo, rupanya dia dah ngantukk... Akhirnya dia pun tertidur dengan bestnya kat riba chik. sempat jugak aku ambik gamba chik yang begitu nampak motherly masa tu..;) yang aku tak tahan tu, before dia tidur tu, dia sempat lagi hadiahkan senyum manis + comel dia tu kat aku. Nasib baik dia bagi aku kenangan best before nak berpisah dengan dia... sob3...

Masa Safiyyah tidur tu, tiba-tiba mama cakap,

“Nak tau macam mana Najlaa masa kecik dulu, tengok dia ni lah.....”

“Eh?” aku tak faham separa buat-buat tak faham.

“Yelah, masa kecik-kecik dulu najlaa pun tak suka nangis n tak takut orang. Sebab tu ramai orang suka najlaa n selalu bawak najlaa jalan-jalan. Orang tak kisah bawak najlaa pergi mana-mana sebab najlaa cepat mesra.”


Oooo. Tu rupanya maksud mama. Tapi kalau aku ingat masa kecik-kecik memang best n terasa macam aku ni budak pandai. Rasa macam famous n disayangi semua je. Orang selalu tanya mama apa yang mama buat masa pregnant dulu, baca surah apa.... Lepastu, masa kecik aku start lancar baca masa umur dua tahun.. haa, dahsyat tak? Patutnya aku ni dah jadi anak angkat professor dr ungku aziz. Hehe. Takdelah, benda tu tak pelik pun kalau kat negara lain. lepastu, kalau pergi klinik pun, aku boleh selamba je masuk sendiri n berborak mesra dengan doctor. Masa kecik-kecik dulu memang aku teringin nak jadi doctor pun. Tapi, esh3.. niat murni tu terpaksa aku lupakan terus demi ibu tercinta... takpelah, sekarang ni jadi doctor komputerlaa..;)

Persoalan yang timbul adalah, kenapa dulu aku nampak sangat matured n tak mudah menyerah kalah? Kenapa najlaa yang dah makin besar ni kadang-kadang macam cepat mengaku kalah? Mana pergi najlaa yang satu masa dulu selalu dikagumi orang? Kenapa najlaa kadang-kadang macam nak menenggelamkan diri sendiri? Yup, apart of hati ni cakap, maybe dulu dan sekarang berbeza. Dulu mungkin aku selalu nak jadi yang terbaik sebab ada tempat untuk aku tunjukkan kejayaan tu. Tapi, apa erti kejayaan bila ia tak mampu mengundang senyum insan tersayang?

Nampaknya, suatu anjakan paradigma perlu dilakukan. Aku mesti jadi lebih positif. Bukankah TUHAN bagi ujian sesuai dengan kemampuan dan kekuatan seseorang tu? Yelah, kalaulah aku ni lemah n cepat rasa benda kecik tu sedih, mestilah DIA tak hadirkan benda-benda macamni. Kalau betullah aku pernah jadi najlaa yang bijak dan cemerlang, tak mustahil aku akan jadi jauh lebih gemilang dan terbilang pulak nanti. Yup, untuk diri aku sendiri, kembalikan najlaa yang ceria, cemerlang, bersemangat, n selalu bagi yang terbaik. Sebelum tidur harusnya aku memaafkan n melupakan semua yang pahit n mengganggu jalan aku menuju kejayaan. Pagi esok mesti bermula dengan senyuman , ketenangan, dan harapan, jua pelaksanaan... SELAMAT DATANG HARI-HARI YANG BAHAGIA WALAU APA JUA DATANG MELANDA....:)



(faham tak bahasa ni? Kalau tak faham please refer kepada orang yang lebih arif-iaitu aku)
1. mengecek = mintak sikitlaa

Labels:

7 Comments:

Anonymous Anonymous said...

nothing is impossible..if other people can do why can't i??
tue laa word tiap2 ari aku kalo aku rasa down or rasa susah study...huhu
pasal ko x dpt nk tunjukkn kejayaan ko tue kt org wlaupun aku kureng pasti mksdnyer tp aku rasa ko x patut pkir cmtue coz there is always a person or people who will recognise u or see u when u excell in study...just do it n one day god will show u the right way!!

btw, ko kt utm skudai eh?? waa, dh dkat ngan umah aku laa...huhu...umah aku kt tmn ungku tun aminah, skudai tue jer...huhu

March 4, 2009 at 11:53 PM  
Blogger brillianajlaa said...

huhu, thanx alot:)
ntahla ape bnda yg aku merepek ni..haha.
ha'a..kt skudai.oo, tun aminah..
tau2..
ak ne bdk jb gak.umah aku pn dkat je.nk lari balik umah tiap2 ari pn bole

March 5, 2009 at 7:42 PM  
Anonymous Anonymous said...

oOooO...ko jb gak ker?? kt mane umah ko eh?? x pnah tau pun ko udak jb....huhuhu....eyh, nie dh lari dr topik atas nie ;p hahaha...aih, mai la dtg umah aku time raya ker...dh dkat dh tue...huhu

March 5, 2009 at 9:13 PM  
Blogger brillianajlaa said...

haha..byk je umah aku kt jb tu..aku ne nomad.
hehehe..
raye ke..?slalo raye msti aku lame kt kmpg,
balik jb ble sehari agy nk balik utm..
jom ar dtg kampung..:)

March 12, 2009 at 1:40 AM  
Anonymous Anonymous said...

hahaha....kampung ko kt ner lak?? aku kampung kt kg mlayu majidee..dkat je kn?! hehehe...kt jb umah ko yg sbnr kt mane eh?? bape byk umah ko da nie?? huhuhu

March 13, 2009 at 6:38 AM  
Blogger brillianajlaa said...

lor, kmpg kt jb gak ke..xmncabar btol.hehe..kmpg aku kt pontian je..tp, umah tu rahsia ar.nnti ramai lak serbu umah aku.hehehe.

March 18, 2009 at 8:56 PM  
Anonymous Anonymous said...

ceh, mncbr tol laa smpi pontian =p hahaha...
dia nyer ckp mencabar cm kt perak ke kedah ke...skali pontian!! tp bole la kalo nk compare jb...huhu...mna x nyer parent aku org pure johor n jb...kg pun sblh2 jer!! huhu...eceh, rmai serbu x thn...cm artis lak..haha

March 25, 2009 at 3:16 AM  

Post a Comment

kumenz

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home