Ayat-ayat CINTA , Titis-titis CITA

Bukan mudah, mengejar CITA, Apa lagi mengejar CINTA... Namun, aku tak akan berhenti dalam pencarian ini.... insyaALLAH.

Monday, March 9, 2009

Saladin's Spirit

Hmm, aku baru je balik dari jaulah ke Melaka. Besh, memang besh.. N paling2 besh bila dapat berkumpul dengan hati-hati yang sematlamat dengan kita. Alhamdulillah..... Semoga dengan berkat hari ulangtahun kelahiran Rasulullah tercinta ni, semangat dakwah Baginda pun terus meresap ke dalam hati-hati kami. Dan paling penting, moga istiqamahlah kami di atas jalan ini. Semoga aku tak lagi tertipu dengan cinta dan keseronokan dunia yang cuma nampak indah pada zahirnya. Aamiin.

Sepanjang perjalanan tu, aku pun ambik kesempatan untuk habiskan baca buku Salahuddin Ayubi. Dah lama dah aku nak beli buku ni, tapi memandangkan budget tak berapa cukup masa tu, aku pun asyik tak jadi beli. Syukurlah Farehah ada buku tu...:) Syukur banyak-banyak.. Bukanke setiap apa yang jadi tu dengan keizinan ALLAH?

Di samping baca buku tu, bersama-sama dengan penggerak-penggerak Pembina ni, n berkongsi dengan experience daripada kakak-kakak Pembina Melaka, betul-betul buat aku rasa besarnya tanggungjawab yang terpikul atas bahu aku ni. Ya ALLAH, semoga dengan niat yang satu iaitu semata-mata kerana ENGKAU, maka bantulah hati-hati ini agar terus tetap berada atas jalanMU. Semoga usaha yang setitis ni adalah sebagai penyumbang untuk kembalinya kegemilangan ISLAM, insyaALLAH..

~Something to be share..

**Kita mesti selalu hadirkan perasaan based on hadith yang berbunyi menuntut ilmu menjadi satu fardhu. So, baru kita akan selalu bersemangat untuk study betul-betul. Bukanke orang yang menuntut ilmu tu dikira sebagai mujahid jugak? Paling penting untuk buat orang nak ikut dakwah kita, pencapaian study juga mesti super excellent! Sebab, orang sekarang mendengar dengan mata dulu, baru telinga...

**Kata seorang ulama',
Lemahnya kita kerana salah mulakan langkah..

So, selalulah betulkan niat kita balik, n ingatkan diri kita yang semuanya mesti based on niat kerana ALLAH Yang Satu. So, kalau ada yang rasa nak join dakwah ni semata-mata sebab nak pasangan yang soleh solehah,nak nama yang dijulang tinggi melangit, betulkanlah semua tu balik..

Sekian saja bebelan tangan untuk hari ni. Tak kisahlah orang nak cakap apa, yang panting setiap yang ada mesti dijadikan medium mencapai cita-cita tertinggi. So, blog ni adalah salah satu medium, insyaALLAH...:)



Study jangan x study, Dah boleh study sampai bengkak mata tu, tahajjudla sekali k...

Labels:

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

wah2... awalnya report dia...
boleh jadi setiausaha yang bagus nih... (=

March 9, 2009 at 5:49 PM  
Blogger brillianajlaa said...

hehe, yeke?
tp still xbole kalahkan akak...;)
yup2, msti tulih sebelum telupe..

March 9, 2009 at 7:25 PM  

Post a Comment

kumenz

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home