Ayat-ayat CINTA , Titis-titis CITA

Bukan mudah, mengejar CITA, Apa lagi mengejar CINTA... Namun, aku tak akan berhenti dalam pencarian ini.... insyaALLAH.

Sunday, February 22, 2009

The Charms

Masuk je UTM dulu ramai je muka-muka yang aku tak berapa kenal. Tapi takdelah aku kekok sangat, maybe sebab memang dah hidup aku ni memerlukan aku selalu berkenalan dengan orang-orang baru. Its just kita pun tak tau mana satu antara diorang ni yang betul-betul akan jadi sahabat kita.

Hari demi hari berlalu, bulan berganti bulan. Akhirnya aku jadi semakin ngam dengan beberapa orang teman ni. Maybe sebab jarak antara bilik yang dekat, pulak tu kitorang ni satu course n satu kelas. Haa, tambah-tambah lagilah jadi rapat. Yang paling aku senangi bila dengan diorang ni, semuanya simple je n takde yang nampak macam hipokrit. Semua selesa dengan diri sendiri dan menerima sesama kami.
TUHAN, sungguh aku syukuri nikmat persahabatan ni. Chik yang sabar je dengan kerenah roommate dia yang banyak ni, yang selalu tolong aku kalau ada apa-apa, Ida yang boleh menangis bersama aku saat aku menangis, Nurul yang ikut marah bila ada yang menyakiti aku, Andy yang selalu ingatkan aku pasal makan, Sal yang selalu share macam-macam cerita dengan aku, Fiza yang sebenarnya selalu sangat risaukan perihal aku, dan Niq yang dulu aku suka sakat. Antara kami masing-masing ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Bagi aku, langkah paling baik adalah bila kita menerima antara satu sama lain, bantu membantu untuk jadi seseorang yang lebih baik di samping menjaga keaiban sesama sendiri. Aku tau, persahabatan dan persaudaraan yang baik sangat dibenci oleh Syaitan dan Iblis, sebab sememangnya kita kuat bila bersatu tapi hancur bila satu-satu.

Hari-hari yang berlalu buat aku makin faham indahnya hidup berteman dan menghadapi banyaknya perangai yang berbeza. Yup, ada waktu kita terluka dengan tindakan seseorang, namun siapalah kita untuk terus membenci, kerana kita juga manusia yang punya cacat dan cela.

Sekarang ni, aku dah tak satu kelas dengan teman-teman tercinta tu. Tapi, akan aku manfaatkan setiap waktu bersendiri dengan memuhasabah diri dan berusaha mengejar tiap cita dan impianku. Dan, aku sangat-sangat bersyukur sebab kelas sekarang ni membolehkan aku mengenal banyak budaya student dari macam-macam negara. Lagipun bila sekelas dengan international student ni, takdelah aku asyik buat bising bila dalam kelas...:)

Jadi, nasihat aku untuk diri sendiri sekarang ni, jangan selalu balik rumah lagi. So, masa tu dapat pulak dimanfaatkan dengan teman-teman tercinta ni. Lagipun, selalunya meeting Pembina ni dibuat masa weekends. Aku yakin Mama okay je sebab Mama pun ngam je dengan housematenya, insyaALLAH.. So, lepasni aku akan jumpa Mama sekali sebulan je..Huhuhu.

~~Aku macam dah dapat senyum + gelak + buat orang gelak macam dulu balik....... ALHAMDULILLAH.

~~Berhati-hatilah dalam memilih kawan. Ada kawan yang boleh bawa kita jauh dari TUHAN, ada kawan yang makan kawan, ada kawan yang hanya ada saat dia susah dan saat kita senang.

~~Cintailah teman-teman kerana ALLAH..... kerana teman yang berkasih-kasihan kerana ALLAH tu, bertemu pasti tak jemu.. Berpisah tak gelisah. Ukhwah itu indah...:)

~~lepas ni, bermulalah balik aktiviti2 nakal aku untuk sakat diorang.(dan juga disakat)..ehehe




..dalam lif pun bolehh..



..lepas jumpa Daddy Habib..



..Menghayati keindahan Fakulti Alam Bina..




..Dinner @ Naza Hotel. Haha, gamba aku ni yang paling banyak dicomplaint oleh adik2 sedara..

Labels:

Aku dan Novel, Novel dan Aku

Dalam dunia ni ada macam-macam orang. Ada yang suka membaca, ada jugak yang tak suka membaca. Kalau yang suka baca pulak, ada yang suka baca buku akademik, ada suka novel, ada suka baca suratkhabar, ada yang suka baca komik, ada suka baca artikel, blog, dan macam-macam lagi. Tapi, memang tak dinafikan bahawa membaca adalah jambatan penting untuk berjaya. Berjaya dalam apa tu, juga bergantung pada bahan bacaan yang kita pilih. Macam mana tu? Yelah, kalau score Sejarah, mestilah kena rajin baca buku Sejarah. Nak terror Add Maths? Buatlah latihan banyak-banyak dalam buku Add Maths. Kalau nak berjaya jadi isteri yang disayangi suami dan dicintai ALLAH, maybe kita boleh cari buku Isteri Solehah Idaman Suami. Nak jadi remaja cemerlang, maybe boleh cari buku-buku motivasi tentang remaja. Nak pandai masak, rajin-rajinlah baca macam-macam resepi. Nak berjaya dunia akhirat, dalam semua benda, rajin-rajinlah baca Al-Quran di samping hayati maknanya. Kemudian, berusahalah sesungguhnya menepati tiap isi terkandung di dalamnya. InsyaALLAH..:)

Aku ni termasuk dalam golongan yang suka baca novel, tapi bukan sebarang novellah. Aku suka baca novel yang boleh buat aku belajar banyak benda, yang gaya bahasa bersahaja dan tak terlebih jiwang, tak juga terlebih pasar. Paling best bila penulis mampu menonjolkan mesej-mesej penting yang seharusnya kita teladani dalam hidup ni. Sebab tu, bila nak tulis novel, aku pun taknak tulis something yang sia-sia dan sekadar picisan. Dari time sekolah rendah dulu, aku memang rajin sangat menulis. Aku tak taulah kalau idea tu selalu ada sebab aku memang type kepoh ke ape. Tapi memang aku suka tulis-tulis ni. Sebabtu jugak kot aku suka sangat bila kena tulis karangan BM ataupun English. Suka sangat2..;) Kegilaan aku dalam menulis ni mendorong aku untuk kumpulkan semua tu dalam beberapa buku. Dalam buku-buku tu ada banyakla karya-karya seorang aku ni. Yang selau kena jadi mangsa untuk baca benda-benda ni ialah Mama n sorang cikgu aku, iaitu Cikgu Azizah yang sangat baik n motherly  Walaupun aku baik n close dengan Cikgu Azizul, iaitu cikgu BM masa darjah enam, aku still pilih Cikgu Azizah. Maybe sebab aku segan kot. Yelah, Cikgu Azizul tu kan gila-gila gak orangnya. Nanti habis aku kena dengan dia. Bila dah jadi beberapa rentetan kisah sedih dalam hidup tu, bertambah-tambahlah lagi penulisan aku. Maybe cerita-cerita masa tu agak ketara emosional n dengan gaya jalan cerita yang suram muram, Cikgu Azizah pun dapat agak je ada something yang jadi masa tu. Esh2, itulah namanya budak-budak, tak reti nak cover benda-benda macam tu. Kononnya taknak cerita kat orang, tapi kan ke tulisan tu boleh reflect suara hati kita? Yelah, time tu pun tak belajar lagi apa benda tu isi tersurat dan isi tersirat. So, semuanya benda yang memang dah clean n clear untuk org nampak, there’s nothing left to be revealed.
Before naik sem 4 ni, aku dah start tulis satu novel memandangkan ada beberapa suara yang menyarankan aku untuk tulis novel. Pun begitu, usaha tu terhenti memandangkan assignment-chain yang ada. Assignment-chain tu maksudnya macam rantai yang non-stopla. Jadi, aku terlupa dengan novel tu. Sampailah member aku ni datang lepak kat bilik aku dan explore laptop aku. Aku pun tak tau apa yang dia tengok, sampailah masa aku masuk bilik balik untuk jemur baju.

“Najlaa, dalam ni novel siapa? Bestlaa cerita dia. Tapi kenapa cerita dia tak habis?”


Masa tu aku belum betul-betul dapat tangkap, novel mana yang dia cakap ni? Seingat aku, aku memang ada copy satu cerpen yang dipendekkan hasil daripada novel Tautan Hati (penulis:Fatimah Syarha). Tapi, takkan dia cakap tu novel yang tak habis??

“Novel mana tu Nurul?”

“Yang nama dia Zahra ne...”


Haa, masa tu baru aku teringat novel aku yang baru siap berapa percent je pembikinannya. Aisey, macam mana Nurul boleh baca ni? Segannye... haha, bila masa pulak aku segan sangat dengan kawan-kawan ni? Hmm, masa tu Nurul sibuk suruh aku sambung novel tu. Yup, aku memang nak tulis novel tu sampai habis, tapi masa dan keadaan macam tak berapa nak bagi je. Yela, takkan aku nak menghadap novel sampai assignment pun terabai. Aku memang berazam nak siapkan cerita tu, tapi aku betul-betul nak bagi sesuatu yang baik dan berharga untuk bakal pembaca aku nanti. Kalau boleh, aku taknak tulis cerita yang sebenarnya ‘zero’ dan tak menghasilkan apa-apa. Dan aku nak tulis cerita yang nampak hidup dan tak kaku serta tak stereotype. Kalu boleh, aku nak buat pembaca dapat menghayati dan merasai tiap laluan dalam cerita ni. Sebabtu, aku rasa pertama-tamanya aku harus perkasakan ilmu di dada sambil meneruskan observation dan research aku tentang hidup ni. Nantikan kemunculan novel aku ok... ;)

Ok, doakanlah agar kita semua dapat mencapai tiap cita kita dalam mengubah diri kearah lebih baik, dan memberi apa yang termampu supaya keluarga, teman dan seisi masyarakat dapat juga menjadi lebih baik. Jangan sesekali rasa ragu untuk menyampai kebaikan, meski kita rasa diri ini masih punya banyak dosa. ALLAH Maha Tahu tiap yang terlahir dari bibir dan tinta, jua setiap yang kata yang berbisik di hati kita. ALLAH sentiasa tahu niat kita. So, mulailah semuanya dengan niat yang betul, semata-mata kerana ALLAH 

Labels:

Saturday, February 21, 2009

Pengalaman di Palestin

Did I ever reach Gaza..?? Oh,, bukan saya.. Bukan.. Tapi, Professor Dr Hatta Shahrom yang share experience sewaktu beliau berada di Palestin. Sessi share cerita ni berlangsung di Masjid Bandar Baru UDA. Memang teruja bercampur sedih dengar cerita-cerita dari beliau. Tak dapat saya bayangkan macam mane perasaan bila kita sendiri yang nampak anak-anak kecil tu terluka dan diperlakukan dengan begitu zalim oleh tentera Zionis. Dan, seperti selalunya, bait-bait doa yang mengakhiri sessi itu sungguh menyentap hati.

Bantulah kami dalam memahami isu ini serta memahamkan orang-orang di sekeliling kami.

~Syukurlah, teman-teman tersayang saya pun kebanyakannya dah bersemangat dalam mengikuti isu ini di samping menghulurkan usaha yang termampu untuk saudara di sana..

Labels:

SOLUSI, the solution..:)

Magazine SOLUSI ni ialah magazine yan mesti dimiliki oleh semua.. First time belek2 magazine ni kat satu bookstore kat Benut yang berdekatan dengan rumah nenek aku. Masa tu je dah mula terpikat dengan first keluaran dia yan bertemakan Rezeki. Then, bila Mak Usu baca un, Mak Isu terus beli satu..
Macamtu jugak dengan kawan2 aku yang pernah pinjam SOLUSI aku tu, diorang sanggup beli lagi satu cuz tak uas baca kalau juz pinjam. Ada gak yang cakap kat aku, kalau beli SOLUSI tu, mesti belikan dia sekali....




Tu dia magazine SOLUSI yang besh, lemak berkrim... Ada atas meja aku yang serabut tu..

Labels:

RaudhatusSakinah @ jB

Baru tau yang RaudhatusSakinah kat jJB ni dah mula beroperasi. Jom2, kita sumbangkan tenaga, idea, kasih sayang kita untuk sahabat2 kita kat sana... Semoga cerita semalam sebenarnya menjadi pendorong untuk mereka lebih dekat keada ALLAH Yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani. Jangan kita jadi manusia yang mudah menghukum, sebaliknya sama-samalah kita tolong diorang ni.......



Ada seorang gadis
Termenung di jendela
Memikirkan nasibnya
Yang telah ternoda
Terpinggir terhina
Kerna dosa-dosa silamnya

Ibunya telah tiada
Begitu juga ayahnya
Mengharungi dunia
Tanpa pedoman di jiwa
Keliru hatinya
Antara syurga dan neraka

Pada siapa
Harus dipinta
Secebis rasa seulit mesra
Di akhir noktah
Usia dirinya
Yang akan berhenti jua

Deraian air mata
Menangisi dosanya
Rebah dia mengharap
Keampunan Tuhannya
Serta ketenangan
Mengharungi dunia yang fana

Umurnya masih muda remaja
Tetapi terleka kerana
Nafsu yang mengaburinya
Namun Tuhannya masih
cintakan dirinya
Walaupun dosanya
Selautan dunia

Mengapa perlu berasa
Berjauhan dari Yang Esa
Sedangkan Allah sentiasa
Merahmati hamba-Nya
Yang sering terlupa
Leka dan alpa terhadap-Nya

Harapannya subur kembali
Bukti kasih Ilahi
Syukur dia ditemukan
Jalan kebahagiaan
Mengukir ceria
Membenam segala
Kecewa.....


For those yang kat KL ke Selangor ke, kalau nak menyumbang, trylaa contact sini k...........

Pengendali :
Dr. Harlina Hauzah Bt Hj. Sirat

Alamat :
Raudhatus Sakinah
Lot 300.3, Lorong Selangor
Pusat Bandar Malawati
53100 Kuala Lumpur.

No.Telefon :
03-41089669 / 03-41073379

Labels:

I have 2 Abah n 2 Mama..:)

Dalam aku slalu cakap, aku rindu sangat2 kt Abah, tiba-tiba ALLAH hadirkan orang-orang baru yang jadi istimewa dalam hidup aku. Dalam aku still blur n x percaye, seorang lecturer aku yang baik dan lembut hatinya ni, seakan-akan teramat memahami aku. Tanpa perlu aku bercerita banyak tentang sedih dan pedih kisah itu, beliau seolah sangat mengerti.

Lepastu pulak tiba-tiba beliau membahasakan dirinya sebagai Abah dan isterinya yang cute tu sebagai Mama. Sungguh, kesedihan semalam seakan-akan beransur sikit demi sikit menjadi satu kebahagiaan.. Sungguh, aku yakin bahawa ALLAH jualah yang memegang hati Abah dan Mama baruku itu..

Walau ape pun, Mama yang melahirkan dan banyak berkorban tu mestilah yang pertama di hati ni...;)

~~kadang2 orang yang lebih rapat seolah orang asing, tetapi tiba-tiba mereka yang tiada pertalian darah boleh jadi insan-insan yang amat dekat...:) SUBHANALLAH.

Labels:

Wednesday, February 18, 2009

Test vs Usrah

This week is such a hectic week. Its not just non-stop assignments, but also got testsssss.. (haha, test yg banyak sgt2). Satu petang yang agak2 best untuk tido, setelah aku menahan mata semalaman untuk menelaah notes, aku pun tido dengan nyenyaknye.. Tiba2, tidur yang indah tu terpaksa aku pause kejap, sebab phone berbunyi.

"Assalamualaikum kak, ni Fareha.."
Dengan mamainye aku pun jawab,
"Waalaikumussalam, kenape call?"
"Harini ada usrah. Akak pergi x?"

Statement tu agak buat aku terkejut, sbab aku betul2 ingatkan usrah dibatalkan. So, sebenarnya aku dah plan all those chapters yang aku nak study untuk malam tu. Tambah pulak Fareha ni call time aku tengah tido..

"Fareha, akak ada testla esok. Macam mane eh? Fareha rasa, akak nak pergi x?" jauh di sudut hati, aku rindu sangat dengan usrahm8 n naqibah aku. Juga paling penting, aku rindu untuk bersama di taman syurga. Tapi, kenapalah a part of hati ni still ada rasa risau. Maybe tak ready sebab ingat dah cancel kot..

"Oo yeke.. Kalau Fareha, Fareha pergi je.."

"Yeke? Jap2, akak nak istikharah dulu.."

Esh2, sampai macamtu sekali ragu-ragunya aku.

Tapi, entah kenapa tiba2 aku teringat betapa sedihnya hati tanpa usrah ni. Betapa resahnya hati bila rasa jauh dari TUHAN.

Aku teringat, satu saat aku menangis bersungguh, lantaran aku merindui teman yang sama-sama mahukan cinta ALLAH, yang bersahabat juga kerana mengejar CINTA itu. Dan, tak lama lepas tu, aku dapat panggilan daripada teman2 yang mengajak aku ke usrah. Sungguh, TUHAN Maha Mendengar.

Tak lama lepas tu juga, aku dapat satu mesej daripada Fareha,

'Yang dilihat dan diukurNYA bukan sejauh mana usahamu,
tetapi sejauh mana TAWAKKAL, PERCAYA nan jitu...
Pergantunganmu padaNYA..
tetapi tak bermakna tidak perlu berusaha..
USAHAlah semampumu..
tetapi jangan sesekali beraqidah bahawa banyak usahamu penentu kejayaan..
Tetapi berimanlah bahawa TAWAKKALmu itu sebenarnya hanya semata-mata padaNYA.
Itulah penentu kejayaanmu..
Kejayaan bukan milik sesiapa,
tetapi adalah milik ALLAH..
jadi, seyakinnya hendaklah dikau pohon dariNYA semata...
ma'anNajah...=)'


Tak lama lepastu, kak Naqibah tercinta pun call..
dan aku sudah punya jawapan untuk itu....

~lepastu, usrah berjalan dengan ceria dan bahagianya, dengan usrahm8 yang sederhana2 je..:) semoga bermula dengan niat yang betul, ALLAH akan terus bantu kita agar tetap di jalan yang lurus.aamiin..

~i love my usrahm8...

~i love ALLAH soo much..! Kerana, ALLAH jualah yang memegang hati2 mereka dan aku...
Syukur, aku mendapat kesenangan selepas kesulitan.

Labels: