Ayat-ayat CINTA , Titis-titis CITA

Bukan mudah, mengejar CITA, Apa lagi mengejar CINTA... Namun, aku tak akan berhenti dalam pencarian ini.... insyaALLAH.

Wednesday, February 18, 2009

Test vs Usrah

This week is such a hectic week. Its not just non-stop assignments, but also got testsssss.. (haha, test yg banyak sgt2). Satu petang yang agak2 best untuk tido, setelah aku menahan mata semalaman untuk menelaah notes, aku pun tido dengan nyenyaknye.. Tiba2, tidur yang indah tu terpaksa aku pause kejap, sebab phone berbunyi.

"Assalamualaikum kak, ni Fareha.."
Dengan mamainye aku pun jawab,
"Waalaikumussalam, kenape call?"
"Harini ada usrah. Akak pergi x?"

Statement tu agak buat aku terkejut, sbab aku betul2 ingatkan usrah dibatalkan. So, sebenarnya aku dah plan all those chapters yang aku nak study untuk malam tu. Tambah pulak Fareha ni call time aku tengah tido..

"Fareha, akak ada testla esok. Macam mane eh? Fareha rasa, akak nak pergi x?" jauh di sudut hati, aku rindu sangat dengan usrahm8 n naqibah aku. Juga paling penting, aku rindu untuk bersama di taman syurga. Tapi, kenapalah a part of hati ni still ada rasa risau. Maybe tak ready sebab ingat dah cancel kot..

"Oo yeke.. Kalau Fareha, Fareha pergi je.."

"Yeke? Jap2, akak nak istikharah dulu.."

Esh2, sampai macamtu sekali ragu-ragunya aku.

Tapi, entah kenapa tiba2 aku teringat betapa sedihnya hati tanpa usrah ni. Betapa resahnya hati bila rasa jauh dari TUHAN.

Aku teringat, satu saat aku menangis bersungguh, lantaran aku merindui teman yang sama-sama mahukan cinta ALLAH, yang bersahabat juga kerana mengejar CINTA itu. Dan, tak lama lepas tu, aku dapat panggilan daripada teman2 yang mengajak aku ke usrah. Sungguh, TUHAN Maha Mendengar.

Tak lama lepas tu juga, aku dapat satu mesej daripada Fareha,

'Yang dilihat dan diukurNYA bukan sejauh mana usahamu,
tetapi sejauh mana TAWAKKAL, PERCAYA nan jitu...
Pergantunganmu padaNYA..
tetapi tak bermakna tidak perlu berusaha..
USAHAlah semampumu..
tetapi jangan sesekali beraqidah bahawa banyak usahamu penentu kejayaan..
Tetapi berimanlah bahawa TAWAKKALmu itu sebenarnya hanya semata-mata padaNYA.
Itulah penentu kejayaanmu..
Kejayaan bukan milik sesiapa,
tetapi adalah milik ALLAH..
jadi, seyakinnya hendaklah dikau pohon dariNYA semata...
ma'anNajah...=)'


Tak lama lepastu, kak Naqibah tercinta pun call..
dan aku sudah punya jawapan untuk itu....

~lepastu, usrah berjalan dengan ceria dan bahagianya, dengan usrahm8 yang sederhana2 je..:) semoga bermula dengan niat yang betul, ALLAH akan terus bantu kita agar tetap di jalan yang lurus.aamiin..

~i love my usrahm8...

~i love ALLAH soo much..! Kerana, ALLAH jualah yang memegang hati2 mereka dan aku...
Syukur, aku mendapat kesenangan selepas kesulitan.

Labels:

4 Comments:

Blogger Unknown said...

waha.ada gak.ngee.all the best untuk test+usrah.hu.semoga dipermudahkan.ameen.

February 19, 2009 at 5:59 PM  
Blogger brillianajlaa said...

ok, thanx 4 d dua..aamiin..

February 21, 2009 at 9:42 PM  
Blogger .:Srikandi :. said...

i luv my usrahm8 too~

March 8, 2009 at 7:54 PM  
Blogger brillianajlaa said...

huhu...;)
~i luv u 2 akak...hehehe

March 9, 2009 at 1:14 AM  

Post a Comment

kumenz

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home