Ayat-ayat CINTA , Titis-titis CITA

Bukan mudah, mengejar CITA, Apa lagi mengejar CINTA... Namun, aku tak akan berhenti dalam pencarian ini.... insyaALLAH.

Sunday, February 22, 2009

Aku dan Novel, Novel dan Aku

Dalam dunia ni ada macam-macam orang. Ada yang suka membaca, ada jugak yang tak suka membaca. Kalau yang suka baca pulak, ada yang suka baca buku akademik, ada suka novel, ada suka baca suratkhabar, ada yang suka baca komik, ada suka baca artikel, blog, dan macam-macam lagi. Tapi, memang tak dinafikan bahawa membaca adalah jambatan penting untuk berjaya. Berjaya dalam apa tu, juga bergantung pada bahan bacaan yang kita pilih. Macam mana tu? Yelah, kalau score Sejarah, mestilah kena rajin baca buku Sejarah. Nak terror Add Maths? Buatlah latihan banyak-banyak dalam buku Add Maths. Kalau nak berjaya jadi isteri yang disayangi suami dan dicintai ALLAH, maybe kita boleh cari buku Isteri Solehah Idaman Suami. Nak jadi remaja cemerlang, maybe boleh cari buku-buku motivasi tentang remaja. Nak pandai masak, rajin-rajinlah baca macam-macam resepi. Nak berjaya dunia akhirat, dalam semua benda, rajin-rajinlah baca Al-Quran di samping hayati maknanya. Kemudian, berusahalah sesungguhnya menepati tiap isi terkandung di dalamnya. InsyaALLAH..:)

Aku ni termasuk dalam golongan yang suka baca novel, tapi bukan sebarang novellah. Aku suka baca novel yang boleh buat aku belajar banyak benda, yang gaya bahasa bersahaja dan tak terlebih jiwang, tak juga terlebih pasar. Paling best bila penulis mampu menonjolkan mesej-mesej penting yang seharusnya kita teladani dalam hidup ni. Sebab tu, bila nak tulis novel, aku pun taknak tulis something yang sia-sia dan sekadar picisan. Dari time sekolah rendah dulu, aku memang rajin sangat menulis. Aku tak taulah kalau idea tu selalu ada sebab aku memang type kepoh ke ape. Tapi memang aku suka tulis-tulis ni. Sebabtu jugak kot aku suka sangat bila kena tulis karangan BM ataupun English. Suka sangat2..;) Kegilaan aku dalam menulis ni mendorong aku untuk kumpulkan semua tu dalam beberapa buku. Dalam buku-buku tu ada banyakla karya-karya seorang aku ni. Yang selau kena jadi mangsa untuk baca benda-benda ni ialah Mama n sorang cikgu aku, iaitu Cikgu Azizah yang sangat baik n motherly  Walaupun aku baik n close dengan Cikgu Azizul, iaitu cikgu BM masa darjah enam, aku still pilih Cikgu Azizah. Maybe sebab aku segan kot. Yelah, Cikgu Azizul tu kan gila-gila gak orangnya. Nanti habis aku kena dengan dia. Bila dah jadi beberapa rentetan kisah sedih dalam hidup tu, bertambah-tambahlah lagi penulisan aku. Maybe cerita-cerita masa tu agak ketara emosional n dengan gaya jalan cerita yang suram muram, Cikgu Azizah pun dapat agak je ada something yang jadi masa tu. Esh2, itulah namanya budak-budak, tak reti nak cover benda-benda macam tu. Kononnya taknak cerita kat orang, tapi kan ke tulisan tu boleh reflect suara hati kita? Yelah, time tu pun tak belajar lagi apa benda tu isi tersurat dan isi tersirat. So, semuanya benda yang memang dah clean n clear untuk org nampak, there’s nothing left to be revealed.
Before naik sem 4 ni, aku dah start tulis satu novel memandangkan ada beberapa suara yang menyarankan aku untuk tulis novel. Pun begitu, usaha tu terhenti memandangkan assignment-chain yang ada. Assignment-chain tu maksudnya macam rantai yang non-stopla. Jadi, aku terlupa dengan novel tu. Sampailah member aku ni datang lepak kat bilik aku dan explore laptop aku. Aku pun tak tau apa yang dia tengok, sampailah masa aku masuk bilik balik untuk jemur baju.

“Najlaa, dalam ni novel siapa? Bestlaa cerita dia. Tapi kenapa cerita dia tak habis?”


Masa tu aku belum betul-betul dapat tangkap, novel mana yang dia cakap ni? Seingat aku, aku memang ada copy satu cerpen yang dipendekkan hasil daripada novel Tautan Hati (penulis:Fatimah Syarha). Tapi, takkan dia cakap tu novel yang tak habis??

“Novel mana tu Nurul?”

“Yang nama dia Zahra ne...”


Haa, masa tu baru aku teringat novel aku yang baru siap berapa percent je pembikinannya. Aisey, macam mana Nurul boleh baca ni? Segannye... haha, bila masa pulak aku segan sangat dengan kawan-kawan ni? Hmm, masa tu Nurul sibuk suruh aku sambung novel tu. Yup, aku memang nak tulis novel tu sampai habis, tapi masa dan keadaan macam tak berapa nak bagi je. Yela, takkan aku nak menghadap novel sampai assignment pun terabai. Aku memang berazam nak siapkan cerita tu, tapi aku betul-betul nak bagi sesuatu yang baik dan berharga untuk bakal pembaca aku nanti. Kalau boleh, aku taknak tulis cerita yang sebenarnya ‘zero’ dan tak menghasilkan apa-apa. Dan aku nak tulis cerita yang nampak hidup dan tak kaku serta tak stereotype. Kalu boleh, aku nak buat pembaca dapat menghayati dan merasai tiap laluan dalam cerita ni. Sebabtu, aku rasa pertama-tamanya aku harus perkasakan ilmu di dada sambil meneruskan observation dan research aku tentang hidup ni. Nantikan kemunculan novel aku ok... ;)

Ok, doakanlah agar kita semua dapat mencapai tiap cita kita dalam mengubah diri kearah lebih baik, dan memberi apa yang termampu supaya keluarga, teman dan seisi masyarakat dapat juga menjadi lebih baik. Jangan sesekali rasa ragu untuk menyampai kebaikan, meski kita rasa diri ini masih punya banyak dosa. ALLAH Maha Tahu tiap yang terlahir dari bibir dan tinta, jua setiap yang kata yang berbisik di hati kita. ALLAH sentiasa tahu niat kita. So, mulailah semuanya dengan niat yang betul, semata-mata kerana ALLAH 

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

kumenz

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home