Ayat-ayat CINTA , Titis-titis CITA

Bukan mudah, mengejar CITA, Apa lagi mengejar CINTA... Namun, aku tak akan berhenti dalam pencarian ini.... insyaALLAH.

Saturday, February 21, 2009

RaudhatusSakinah @ jB

Baru tau yang RaudhatusSakinah kat jJB ni dah mula beroperasi. Jom2, kita sumbangkan tenaga, idea, kasih sayang kita untuk sahabat2 kita kat sana... Semoga cerita semalam sebenarnya menjadi pendorong untuk mereka lebih dekat keada ALLAH Yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani. Jangan kita jadi manusia yang mudah menghukum, sebaliknya sama-samalah kita tolong diorang ni.......



Ada seorang gadis
Termenung di jendela
Memikirkan nasibnya
Yang telah ternoda
Terpinggir terhina
Kerna dosa-dosa silamnya

Ibunya telah tiada
Begitu juga ayahnya
Mengharungi dunia
Tanpa pedoman di jiwa
Keliru hatinya
Antara syurga dan neraka

Pada siapa
Harus dipinta
Secebis rasa seulit mesra
Di akhir noktah
Usia dirinya
Yang akan berhenti jua

Deraian air mata
Menangisi dosanya
Rebah dia mengharap
Keampunan Tuhannya
Serta ketenangan
Mengharungi dunia yang fana

Umurnya masih muda remaja
Tetapi terleka kerana
Nafsu yang mengaburinya
Namun Tuhannya masih
cintakan dirinya
Walaupun dosanya
Selautan dunia

Mengapa perlu berasa
Berjauhan dari Yang Esa
Sedangkan Allah sentiasa
Merahmati hamba-Nya
Yang sering terlupa
Leka dan alpa terhadap-Nya

Harapannya subur kembali
Bukti kasih Ilahi
Syukur dia ditemukan
Jalan kebahagiaan
Mengukir ceria
Membenam segala
Kecewa.....


For those yang kat KL ke Selangor ke, kalau nak menyumbang, trylaa contact sini k...........

Pengendali :
Dr. Harlina Hauzah Bt Hj. Sirat

Alamat :
Raudhatus Sakinah
Lot 300.3, Lorong Selangor
Pusat Bandar Malawati
53100 Kuala Lumpur.

No.Telefon :
03-41089669 / 03-41073379

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

kumenz

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home