Ayat-ayat CINTA , Titis-titis CITA

Bukan mudah, mengejar CITA, Apa lagi mengejar CINTA... Namun, aku tak akan berhenti dalam pencarian ini.... insyaALLAH.

Wednesday, February 10, 2010

BERPINDAH....

Blog baru saye... http://brilliannajlaa.blogspot.com/
silalah tgk..:)

Wednesday, January 27, 2010

Suatu petikan yang diambil daripada blog Ustaz Pahrol Juoi.

"Ramai dan banyak yang telah saya temui dalam hidup ini. Syukur kerana Allah terus sudi menemukan saya pada ramai/banyak kebaikan berbanding keburukan. Ada yang kita sangka kaca tetapi permata, ada pula kaca walaupun pada awalnya kita sangka permata. Yang tidak serasi pergi, dengan ucapan semoga dia menemui yang lebih baik dari kita. Dan kita bersangka baik, yang terbaik untuk kita akan datang mengganti."


Benar, sekarang aku menginsafi diri. Menerima tiap ketentuanNYA dengan redha. Tak perlu lagi untuk kita menyiksa diri dengan berfikir tentang mereka yang tak tahu menghargai. Apalagi untuk orang-orang yang mampu memutuskan silaturrahim. Apalagi untuk orang yang memukul kita dengan tongkat yang kita berikan kepadanya. Bersabarlah wahai hati, berbahagialah kerana ALLAH bersama hamba2NYA yang sabar. ALLAH Maha Mengetahui bila kita tak mampu membela diri kerana takut akan murkaNYA bila kita mengaibkan hambaNYA. Sesungguhnya ALLAH itu sebaik2 Pembela. Yakinlah wahai hati.

"..boleh jadi kamu menyukai sesuatu, sedang ia buruk bagi kamu, dan boleh jadi kamu membenci sesuatu, sedang ia baik bagi kamu, kamu tidak mengetahui, hanya Allah Yang Maha Tahu.."

Thursday, August 20, 2009

Satu ikhtiar untuk mengelak wabak Selsema Babi (H1N1) daripada terkena kepada kita dan ahli keluarga kita,

Sila amalkan doa berikut tiga kali di waktu pagi (selepas Solat Subuh) dan tiga kali di waktu malam (selepas Solat Maghrib.


Keberkesanan doa ini bergantung penuh kepada keikhlasan kita kepada Allah SWT. Jangan ada sedikit pun di hati kita keraguan kepada pertolongan daripada Allah SWT.









source : http://www.darussyifa.org/

Friday, July 3, 2009

Cuti-cuti Malaysia

Lama jugak aku tak update blog ni kan.. bukan apa, aku agak busy dengan program cuti aku. Huhu. Macam yang aku dah cerita, masa awal-awal cuti memang aku tak sempat sangat pun nak betul-betul cuti sebab sibuk dengan program-program lain, : Kursus pemantapan JKM kat Tanjung Leman, join program Bersamamu, KBAZ kat PWTC, n tolong-tolong sambil usik-usik budak-budak tadika, buat site visit, n etc.
Sepanjang aku stay kat rumah, dah tiga kali kot dapat berita tentang kematian sedara terdekat. Alhamdulillah, mama jenis yang sanggup sempatkan masa untuk ziarah semua kematian tu. kitorang selalu pergi ziarah join Pak Uda sekeluarga. Bila tengok macamni, hati pun terdetik.. bila pulak turn aku kan. Dahla dosa bertimbun, iman turun naik tak terjangka.
Alhamdulillah, at last aku dapat jugak rasa cuti sendiri.. Cuti ni memang dah plan dengan mama untuk aku stay kat kampung. So, dapatla aku tolong mak usu n nenek aku sambil mengasah ilmu rumahtangga. Hahaha. Kat UTM mana ada peluang nak masak ke, jaga adik-adik ke. Walaupun susah nak jumpa adik sendiri, at least aku boleh jaga adik-adik sedara kan. Masa kat kampung tu, tiba-tiba Alia ajak aku gi City Square. Adoi, dia ni.. Aku dah sampai kat kampung baru nak ajak gi JB balik. Tapi beria sangat dia pujuk aku sampai dia nak support semua tambang. So, aku pun pergi je ar. Paling best sebab aku ajak Hajar MN join sekali. Fuuh, dah lama sangat kitorang tak jumpa! Last jumpa masa class reunion time aku form 3 kot. Mula-mula aku betul-betul nak tengok cerita Angels vs Demons, tapi Hajar cakap..
“I’m not in d mood nak tengok cerita macamtulaaa..”
So, nak buat macam mana, aku rasa time ni layan cerita romantic comedy pun best kan.. then, dia pilih cerita 17 Again. Thank God..cerita tu memang best!!
Tapi, belum lama aku kat kampung, aku kena gi Kolej Matrikulasi Johor atas satu urusan. Dah sampai jauh ke Tangkak tu, kitorang pun terus gi rumah Makli kat Melaka. Dah sampai sana, aku puaskan ronda-ronda Melaka dengan Syima n the gang. Huhu, semua adik-adik aku je. Bila dah jalan-jalan tu, memang tak sangka Melaka dah makin cantik n best. No wonder Syima sibuk ajak aku keluar malam tu. Mula-mula gi tengok Eye on Malaysia n Taming Sari. Tapi tengok je ar, tak naik pun. Faham-faham je ar kitorang ni kena save budget. Then, diorang bawak aku gi Dataran Pahlawan. Kat sana kitorang berpecah, sebab kitorang taknak makan.. Syima, Amad n Juk pulak nak makan. So, aku, Huda, n kawan baru kitorang ni teruskan aktiviti window shopping. Thanx to our friend, I got a new Malacca T-shirt yang cute..:)
Before tu, kitorang dah jalan-jalan tengok shopping mall lain. Boleh kata semua tempat kitorang pergi.. tak tau nak cerita macam mana, tapi memang best! Masa jalan dengan Syima n the Gang ke, jalan dengan Huda ke, jalan-jalan dengan Mama n lain-lain pun best. Memang tak muat nak cerita satu persatu..

Then, dah puas jalan-jalan Melaka tu, aku n Mama balik ke kampung semula. Mama terpaksa balik JB untuk teruskan perjuangan bekerja. Tak sampai sehari kat kampung, Paksan ajak aku ikut hantar Nisa sambung study kat Pahang. Dalam kereta tu, apa lagi.. happy n ceria je aku, Nisa n Kak Yana. Memang kerja kitorang : Makan, tidur, borak, gelak. Pulak tu, Makmah ni memang rajin sangat masak. Apalagi, kenyang n sukahati ar aku kat kereta tu.. hehe.
Part yang sedih pulak, bila terpaksa tinggalkan Nisa sorang-sorang kat sana. Aku dah cakap dengan dia awal-awal, aku nak tengok dia nangis ke tak. Hehehe. Yela, dia ni anak last n tak pernah lagi masuk hostel. Bila dia dah nangis tu, aku pun bergenang gak air mata ni. (tapi tak nangis lagi tau!)
Dah puas berjalan tu, aku teruskan misi yang asyik tergendala je : duduk kampung! Huhu, best sangat jadi Gadis Kampung for 2 weeks. Rutin biasa lepas solat Subuh tu, terus kena hantar adik n Boy gi rumah Kak Mila. Mak usu tak dapat hantar diorang gi sekolah sebab Mak Usu demam teruk masa tu. then, kat rumah tu biasa-biasa ar.. buat kerja-kerja rumah je. Mak usu memang tak bagi aku tidur pagi lagi, sebab dia cakap nanti kita makin kembang! So, aku pun than ar ngantuk n settlekan kerja pagi-pagi. Bila dah tengah hari, kitorang selalu cakap, ni time rehat kitorang. So, bila nenek aku lapar, senang je.. sebab aku dah siap masak. Just kena pergi dapur n ambikkan nasi untuk nenek aku. Tapi, sepanjang kat sana, aku perasan yang nenek aku ni semakin manja pulak. Hehe. Tapi, semoga semua orang ambil kesempatan sementara Nyai (nenek) masih ada ni untuk senangkan hati dia. Kalau pun ada hati kita terasa dengan kata-kata ke, buanglah cepat-cepat. Memang biasanya orang tua macamtu. Diorang dah makan garam lagi banyak daripada kita.

Kat kampung gak, aku ajar adik main macam-macam. N aku jadi cikgu tuition n dictionary bergerak untuk Boy yang nak UPSR. Tak kisahla, ilmu yang ada perlu dikongsi. Semoga dia pun dapat 5A n happykan hati semua. Nasib baikla aku tak lupa lagi semua benda-benda tu. kalau tak, buat malu je tak dapat jawab soalan Boy kan…

Lepastu, Boy dapat masuk pertandingan Sahibba peringkat negeri. So, aku yang jadi mangsa kena kawan Sahibba dengan dia. Sepanjang main Sahibba dengan dia, memang aku boleh nampak yang dia ni terror lawan Sahibba. Dia pandai cari peluang untuk dapat point banyak. Walau apa pun, still.. aku yang menang semua game tu…

Dah tiba hari-hari terakhir aku kat kampung, Kak Dira pulak sibuk nak temankan aku. Bila dia dah ada tu, kitorang masak sama-sama, borak sama-sama, hantar adik n Boy gi sekolah (sebab dia je reti drive.aku tak reti), jalan-jalan pusing kampung, tidur sama-sama n surf tenet sama-sama. Then, ada satu hari tu aku, Kak Dira n Kak Yana gi jalan-jalan sampai Batu Pahat. Hajat di hati nak tengok movie, tapi orang kat rumah semua dah rindu aku n suruh balik. So, kejap je ar.. tapi dapat beli satu blouse yang cute dengan harga RM6 je…

Hari berganti hari, daun calendar gugur helai demi helai… (cheh, saja nak berpuitis kat sini).. aku pun terpaksa balik ke JB. Aku ingatkan, adik sorang je yang nangis bila aku nak balik. Rupanya nenek aku pun nangis… then, Pak Usu pulak asyik suruh aku stay untuk sama-sama sambut kedatangan Tengku Mahkota Johor. Boy pulak, saje je biarkan aku tertinggal beg so that aku kena balik kampung semula. Tulah, time ni baru dia tau sape yang selalu sanggup teman dia gi toilet n dapur time dia takut gelap. Huhu. Mak usu pulak suruh aku tak lupakan kenangan sama-sama masa kat kampung. Hehe, of course tak lupa. Banyak aku share n belajar dengan Mak Usu. Bak kata Mama, kita kena belajar n ambik setiap yang baik dalam diri orang. Aku seronok borak dengan Mak Usu.. coz Mak usu selalu ajak bercerita tentang hati, life, n sama-sama bincang macam mana nak baiki hati ni.

Nampaknya, cuti aku ni memang best. So, nasihat untuk diri sendiri n sape-sape yang nak dengar..

1. Jangan sedih dengan orang yang tak appreciate kita, sebab sebenarnya ramai yang tersentuh dengan keikhlasan kita.
2. Always be positive tak kira kalau kena marah pun, jangan kita jugak nak melenting. Memang tak habislaa.
3. Ceriakan diri dengan ceriakan orang lain.. insyaALLAH hati kita happy tengok orang lain happy.

Labels:

Saturday, June 13, 2009

Kisah tudung?

Aku baru je terbaca satu entry yang ditulis oleh seorang teman. Tajuknya 'Yang Bertudung Labuh'.

Banyak sangat isu yang boleh dikupas dalam tajuk ni. Contohnya mcm seorang perempuan ni, yang ingin sangat ke arah jalan mendekati ALLAH. Then, ditakdirkan yang dia bertemu dengan sahabat yang dirasakan boleh membimbing dia ke sana. So, dia pun start untuk ikut jalan seperti yang selalu dibuat oleh sahabatnya. Tapi, alangkah frustnya dia bila mendapati sahabatnya yang dulu sebenarnya orang yang 'pilih bulu'. Dan yang amat menyedihkan, dia yang belum betul2 kuat ni mula mempersoalkan tentang perbezaan antara yang 'bertudung kurang labuh' tapi mesra tanpa memilih kawan, lebih prihatin, dan sebagainya berbanding dengan yang bertudung labuh. Akhirnya teman ini mula menjauhkan diri sejauh-jauhnya.

Suatu masa dulu, perempuan ni teramat senang berdampingan dengan golongan seperti ini. Sebab seringkali didengari yang kita perlu berteman dengan sahabat yang baik untuk jadi baik. Tapi, apakan daya, mereka yang baik terlalu takut untuk berteman dengan yang kurang baik. Tambah menyedihkan, andai mereka yang baik ni hanya tau mengata tanpa sedikitpun punya usaha untuk memahami dan membantu. Ingatlah bahawa kita baik pun dengan adanya izin daripadaNYA. Hati ini milik Dia. Bila-bila masa Dia mampu terbalikkan hati kita. Bila-bila masa diri yang merasakan teramat terpelihara boleh terpesong jauh dari landasan. Ingat saja kisah seorang abid yang di hujung kematiannya dalam melakukan maksiat.

Hmm, cukuplah melalut sampai di sini. Semoga ALLAH bantu hamba yang lemah ini. ALLAH jua yang maha mengetahui setiap suara hati ini.

Labels:

Thursday, May 21, 2009

JB, Najlaa dah balik..:)

Rasanya cuti ni, aku memang belum cuti lagi...Lepas je habis join program Bersamamu kat Cheng, Melaka.. Aku terus pergi kursus Pemantapan JKM kat Tanjung Leman, Mersing. Pantai die memang besh... Cantik! Jauh beza ar dengan colour laut kat Danga Bay tu. HEHE.

Then, tak sampai lagi kat jb, aku dah dapat offer untuk buat design pamplet n poster. Aisey, reti ke aku?? Kena mintak tunjuk ajar sifu lagi ke? Haha. Tapi nak buat macam mane, orang kata, rezeki jangan ditolak.

Sekarang pulak aku asyik kena wakilkan abah pergi taklimat tender n buat site visit. Hmm, semoga ALLAH terus bagi aku kekuatan dan keceriaan...:)

Labels:

Monday, May 11, 2009

Pennnaatttt yg superseronokk

Kadang-kadang hidup ni, bila free..free sangat. Tapi bile dah busy tu busy sangat pulak kan.. Walaumacammana pun, aku lebih suka time aku busy n aku pulak betul-betul dapat buat kerja-kerja aku tu. Semoga aku akan terus bersemangat dan tabah dalam hadapi hidup ni..:)

Oopps, melalut lagi aku ni. Hmm, dipendekkan (asyik nak pendekkan je) cerita, lebih kuarang pukul 12tgh malam 8 May tu aku bersama rakan-rakan seUTM merangkap beberapa rakan seusrah aku mula bergerak ke kl dengan bas. Before naik bas tu, sempat jugakla aku berkenal-kenalan dengan yang tak berapa kenal lagi, mengenang cerita lama dengan senior masa kt jasin, borak-borak lagi dengan usrahmate yang lain sambil menghirup angin malam. Cheh, macam romantik je suasana kan. Tapi, memang cambest pun suasana malam tu. Buat aku teringat saat-saat solat berjemaah dengan kawan-kawan mrsm jasin kat dataran dulu. Memang sayu n syahdu je rasa time tu, sebab time sujud, seluruh wajah kita betul-betul terasa hampir ke bumi. Subhanallah, nikmat tak terkata..:)

So, tanpa nak cerita panjang pasal kat mana kitorang solat dan siap-siakan diri, dalam pukul lapan pagi tu kitorang akhirnya tiba di PWTC. Kat situlah matlamat kitorang : Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis. Walaupun sebelum tu mata aku ni asyik menjeling-jeling je kat The Mall (sebab ada rasa macam nak window shopping), tapi alhamdulillah..aku dapat betul-betul fokus sepanjang konvensyen tu berlangsung. N thanx banyak-banyak pada kak krie yang sumbangkan gula-gula kat aku masa aku ngantuk awal-awal tu..:)

Macam yang aku dah war-warkan dalam entry sebelum ni, ketiga-tiga speaker tu memang best dan dapat bentangkan paperwork yang padat dengan information dan sempat jugak bagi suntikan semangat untuk semua yang hadir pada hari tu. Bak kata Dr.Juanda (mufti Perlis) yang datang merasmikan konvensyen tu, hari ini seolah-olah merupakan kemuncak bagi perjuangan kita di Malaysia ni. Mana taknya, penuh satu dewan tu dengan warga Malaysia dan yang bukan warganegara. Apa-apa pun, insyaALLAH aku akan siapkan ringkasan yang ringkas dan padat daripada semua pembentangan tu..:) Ada mesej yang perlu disampaikan pada semua.

Konvensyen yang start pukul 8 pagi tu habis pukul 5 petang. Lepas solat asar, kitorang bergerak balik ke jb. Sampai je kat utm pada pukul 11 malam, Mama datang ambik aku sebab aku excited nak tengok Hari Sukan Tadika Iman keesokan harinya..:)

Pagi 10 May tu, lepas solat Subuh je aku terus bergerak dengan housemate yang lain ke tadika. Sampai kat tadika, semua cikgu-cikgu pun sibuk mempersiapkan semua untuk Hari Sukan tu. Adoii, macam-macam jugakla dugaan haritu. Bas yang ditempah pun tak datang-datang. Dah call banyak kalipun lambat jugak..@_@

Tapi, macammana lambat pun, at last kitorang sampai jugak kat Kompleks Nusa Mutiara tu. Kecoh dalam bas tu tak payah cerita lagilah... Penat jugak nak layan budak-budak yang asyik tanya itu dan ini....

Bila dah sampai, aku ditugaskan untuk jaga budak-budak K1 (umur 4-5 tahun). Aku ingatkan bila dah sampai tu, dapatla aku tengok semua game yang ada. Unfortunately, most of the kids are juz too active that i cant even watch 1 game. Sedihhhh... Ala, sedih macamtu je. Tapi, dalam aku penat layan budak-budak tu, aku tetap rasa terhibur sebab kelakar sangat tengok macam-macam perangai budak-budak kecik ne. Ada yang awal-awal lagi dah cakap, "Teacher, nak berakk..." HEHEHE. Aku tak tau nak nangis ke nak gelak. Ada pulak yang merengek-rengek mintak hadiah, padahal dia tak menang apa-apa pun. Alaa, kesian je aku tengok. Dalam masa yang sama tu, beberapa budak lain dah lari-lari ke sana sini dengan excited. Huuu, baru aku tau betapa sabarnya cikgu-cikgu tadika ni. Satu penghargaan yang besar untuk Mama yang tabah dan sabar selama bergelar guru tadika. Sebab nak ajar budak-budak yang kecik dan belum tau banyak benda ni lagi besar cabarannya. Kalau tak percaya, tryla walau sehari untuk jadi cikgu tadika. Bayangkanlah macam mana kita nak uruskan anak-anak yang termuntah, yang tak reti sangat nak gi toilet, yang asyik nangis nak cari mak ayah. Adoii, aku dah alami semua tu. Sesuai sangatla dengan Mothers Day yang jugak jatuh pada hari tu.

Yang best tu, haritu Tadika Iman BBU yang banyak bolot hadiah untuk most of acara yang ada. Nampaknya, diorang lebih bersemangat dengan kehdadiran Kak Najlaa..:) Hehee.. Takdelah, untuk semua cikgu-cikgu n anak-anak tadika Iman BBU, 'omedeto' n congratulations..!! Sebab dapat menang banyak....

Dan aku, balik dengan rasa penat tapi happy sengat-sangat....:) Kat rumah, lepas solat zuhur je, kitorang semua tidur dengan nyenyaknyaaa...... ~Happy Ending~

Labels: